Konco-konco ku

Wednesday, November 19, 2014

TIBA GILIRAN HADI DI SERANG OLEH DAP!!

JIKA satu masa dahulu Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor pernah diserang bertali arus oleh rakan-rakan dalam pakatan berkenaan rampasan arak sebelum dipecat daripada parti. Selepas itu, Nasaruddin Isa yang dihentam teruk oleh Pas sendiri dengan sokongan dan dokongan DAP dan PKR.

Kini tiba giliran Hadi Awang pula diserang oleh pembenci Islam dalam pakatan.

Hanya kerana tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR, Hadi Awang teruk dibelasah oleh DAP dan barua-barua DAP dalam Pas yang semakin membiak.

Hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan DAP yang dilihat merugikan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ini, Hadi Awang difitnah dengan seteruk-teruknya.

Hanya kerana tidak bersetuju Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor, Hadi Awang dikutuk oleh ahli Pas sendiri hingga dua Adun Pas Selangor turut menyatakan protes dengan menyokong Wan Azizah.

Hanya kerana ceramah politik yang dibuat secara rambang, Hadi Awang diheret ke mahkamah oleh bekas calon Adun PKR Terengganu kerana tidak berpuas hati menuduhnya pengedar pil kuda.

Ya! Zaman Hadi Awang semakin kelam. Zaman yang kononnya pemerintahan ulamak sudah semakin gelap kerana di dalam Pas sendiri sudah berpecah antara golongan barua (profesional) dan golongan ulama'.

Kesian. Pas ini hanya mampu bertahan disebabkan DAP dan PKR. Jika Pas kembali menyendiri sudah pasti akan seperti dahulu.

Pasma sudah menyediakan jenteranya untuk terus bersama pakatan jika Hadi Awang menarik gear reverse daripada pakatan.

Sedarlah wahai penganut Pas. Pakatan tidak membawa Islam ke mana.

Semakin lama, semakin banyak tuntutan mereka untuk membuang hak keistimewaan orang Melayu.

Sedarlah.

4 comments:

  1. Golongan ulamak perasan depa kuatt....

    Padahal x kuat mana.....

    Kene jentik ...tombang....

    ReplyDelete
  2. Biarkan..biarkan..biarkan..

    ReplyDelete
  3. hukum karma .....
    dulu pecat Hasan Ali kerana nak jaga hati anwar
    Sekarang , kerana Anwar dan DAP lah mereka terima penghinaan sebegitu rupa ....

    tidak pernah belaku dalam sejarah , ulama PAS menerima penghinaan sebegini ....

    Peluk lah Kit siang , Peluk la Guang Eng .....

    Masa peluk memang la depa tu senyum ....tapi dalam hati taw ka depa cakap apa ? ....

    Tah2 depa cakap ....ni la orang2 melayu islam yang bodo ...tak sedar diri nak kena jual

    ReplyDelete

comment please.....