Konco-konco ku

Monday, November 24, 2014

TAHNIAH!! KETUA PEMBANGKANG TERIMA KERETA RASMI! #BajetDefisit #S14

SHAH ALAM – Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias diberikan elaun tetap bulanan sebanyak RM3,000.

Selain itu, Shamsuddin juga diberikan sebuah kenderaan rasmi, bayaran untuk elaun pemandu dan seorang setiausaha kerja setaraf dengan penjawat awam Gred 54.

Kerajaan Selangor turut memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun. - Selangor Press

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...