Konco-konco ku

Thursday, November 20, 2014

#KempenSenyap CHEGU BARD: XAVIER PATUT DIPECAT SEPERTI KHALID!!

ISU panas yang menyerang PKR sejak semalam apabila Chegu Bard mendedahkan beberapa dokumen dan surat akuan sumpah berkenaan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Khalid yang dipecat daripada parti.

Baru satu surat yang didedahkan oleh Chegu Bard. Adun PKR Seri Andalas, Xavier Jayakumar dikatakan menarik balik sokongan beliau kepada Wan Azizah sebelum ini tanpa apa-apa paksaan.

Xavier dalam surat akuan sumpahnya juga memberitahu yang surat sokongan kepada Wan Azizah sebelum itu dibuat atas dasar paksaan oleh pihak pemimpin atasan PKR.

Jadi, jika mengikut undang-undang yang dikenakan kepada Khalid, seharusnya Xavier juga WAJIB dipecat juga daripada PKR kerana tidak menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Chegu Bard semalam juga memberitahu yang PKR tidak telus dengan undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri apabila mempunyai 2 hukuman berbeza yang dikenakan kepada ahli parti.

Kita tunggu apa jawapan Xavier dalam menangkis serangan terbaru dari Chegu Bard ini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...