Konco-konco ku

Saturday, November 29, 2014

#PAU2014 : FARHANA BAKAL BLOGGER UMNO LUAR NEGARA!!!

TERBAIKLAH ucapan adik kita sorang ni. Nur Farhana bt. Mohd Anuar. Pelajar jurusan perubatan, wakil Kelab UMNO Luar Negara dari Kelab UMNO Moscow.

Berani kehadapan menyahut cabaran dalam membahaskan usul ucapan Presiden UMNO sempena PAU2014 yang sedang berlangsung.

Gunakanlah kesempatan ini untuk berbakti. Jangan terlalu banyak menghentam jentera dalam negara kerana adik tak faham apa yang sedang dihadapi oleh barisan blogger dalam UMNO.

Jika adik bercita-cita nak jadi Young Blogger (YB) or what so on lah... Teruskan... 

Tapi yang sudah pasti lepas ni adik akan glamour habis sampai Menteri bakal mencari adik untuk dijadikan SETPOL atau Pegawai Khas....

Tak percaya? Tunggu habis belajar....

Sebabnya memang dah menjadi adat pemimpin UMNO melantik pelajar lepasan universiti luar negara untuk dijadikan orang kanan.

Mahasiswa dalam negara hanya dipandang sepi.. Jadi tak mustahil lah kalau ramai mahasiswa dalam negara yang jadi pembangkang....

Tapi rasanya tidak perlulah nak jadi 'HEROIN' dalam soal mempertahankan DS Rosmah Mansor hingga menghina blogger-blogger yang sedia ada...

Tak patut dik.... Memang betul tak patut....

Pengalaman mengajar kita... Tapi sikap pemimpin UMNO sendiri yang meminggirkan blogger pun kena dikaji... 

Malas nak cakap banyaklah, adik Farhana habiskan belajar dulu... Balik Malaysia jadi blogger.. Kalau betul-betul ikhlas nak tolong UMNO lah....

Teruskan dengan niat murni... 

No comments:

Post a Comment

comment please.....