Konco-konco ku

Monday, November 3, 2014

PAS SABAK BERNAM KECEWA PERUNTUKAN JETI NELAYAN DIBERI KEPADA DAP SEKINCHAN

WALAUPUN lawatan Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam telah 2 minggu berlalu namun pahat masih lagi berbunyi. Rupanya ada yang tidak berpuashati dengan tindakan Azmin Ali atas peruntukan yang diberikan kepada Daerah Sabak Bernam.

Soksek warung kopi di sekitar Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam terus bercerita pasal sikap berat sebelah Azmin terhadap orang Melayu di Sabak Bernam.

Peruntukan bagi membina dan membaikpulih jeti yang bernilai RM60juta yang sepatutnya diturunkan kepada jeti nelayan BNO di bawah kelolaan PAS Dun Sungai Air Tawar dipindahkan ke jeti nelayan Bagan Sekinchan di bawah kuasa DAP.

Ini yang membuatkan PAS Sungai Air Tawar berasa terkilan dengan keputusan Azmin sehinggakan sebahagian ahli Pas memboikot kunjungan Azmin ke Sabak Bernam.

Peruntukan RM60 juta yang sepatutnya disalurkan kepada nelayan Melayu dengan keadaan jeti yang semkin uzur dan hampir roboh dipejamkan mata sahaja oleh Azmin kerana dilihat Dun Sungai Air Tawar dan Parlimen Sabak Bernam sukar untuk dirampas daripada UMNO.

Oleh kerana itulah peruntukan sebegitu besar adalah lebih bermanfaat kepada nelayan Cina di Sekinchan kerana Ng Suee Lim menjaga orang Cina berbanding PAS yang tidak menjaga pengundi Melayu di Sungai Air Tawar.

Bajet yang diturunkan oleh Azmin termasuk membaikpulih jeti serta membina semula JETI HARAM dan akan diluluskan pembinaannya oleh kerajaan negeri.

Nampaknya Pas terus dianaktirikan oleh kerajaan negeri Selangor. Mungkin sebab sebelum ini Pas menyatakan pendirian untuk menyokong Khalid Ibrahim, jadi tidak mustahillah Azmin membalas dendam dengan tidak melayan apa-apa pun permintaan Pas.

1 comment:

  1. NAK KECEWA EMENDANYA ?
    YG BAGI MENANG NG SUI LIM TU UNDI AHLI PAS LAH TU. NAK HARAP PENGGUNDI CINA PEKAN SEKINCAN TU BERAPA KERAT SANGAT.
    TAKBIRRR. . .

    ReplyDelete

comment please.....