MENJELANG Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang telah pun bermula pada hari Sabtu yang lepas nescaya pasti ramai pemerhati-pemerhati politik tidak kira dari dalam mahupun luar parti yang sudah memberikan sedikit komentar dan nasihat kepada para perwakilan dan pemimpin yang hadir.
Perkara ini sudah menjadi lumrah pada setiap kali perhimpunan agung Umno. Jadi, tiada apa yang hendak dihairankan apabila beberapa individu dengan lantang menulis dan sedikit mengusik para perwakilan yang hadir tidak kira dari ceruk mana sekalipun.
Dengan pandangan peribadi yang diluahkan samada daripada Ridhuan Tee Abdullah, Zaharin Mat Yasin mahupun penganalisa politik universiti/swasta, aku tertarik dengan artikel sinis yang ditulis penggerak media sosial yang tidak lekang dengan ucapan panas lagi memedihkan telinga ini.
Siapa lagi kalau bukan Sanggah Tok Janggut.
Kali ini bukan hendak meminta para perwakilan supaya bermuhasabah atau minta para perwakilan serius atau so on, so on... Sanggah Tok Janggut berterusan bercakap tentang Biro Tata Negara yang dikatakan sudah jauh lari daripada matlamat asal penubuhan.
'TIDAK ada orang lain yang lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini Raja Arif akan menjadi lebih UMNO daripada seluruh pemimpin dan ahli UMNO yang ada.... baca lagi di SINI...
No comments:
Post a Comment
comment please.....