Konco-konco ku

Wednesday, November 19, 2014

"AZMIN JANGAN JADI HIPOKRIT!" - CHEGU BARD

GANAS! Nampaknya selepas dibuang daripada PKR baru-baru ini, Badrul Hisham atau Chegu Bardot semakin lantang bersuara mempertikaikan gerak kerja Azmin sebagai MB baru yang menolak pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kata Chegu Bard dalam sidang media petang tadi mengatakan yang Azmin hanya layak menjadi badut dalam kerajaan negeri kerana hanya gila glamor dengan membuat pelbagai aksi-aksi bodoh yang tidak ada bezanya dengan pentadbiran Khalid sebelum ini.

Walaupun janji Azmin adalah untuk membawa perubahan kepada Selangor namun segala keputusan yang sebelum ini dibuat oleh Khalid contohnya berkenaan isu air dan Kidex masih lagi sama tanpa sebarang perubahan.

Nampaknya Azmin sendiri tidak boleh berbuat apa-apa tentang isu yang cuba ditentangnya satu masa dulu khususnya dalam isu penswastaan air dan pembinaan lebuhraya bertol Kidex.

Nampaknya benarlah, Azmin mengkhianati Khalid hanya kerana sifat ingin balas dendam kerana Khalid pernah membuang beliau bersama konco-konconya dalam PKNS.

Selepas ini, kem PKR pula akan retak menanti belah selepas Pas semakin hilang nyawa dalam pakatan.

3 comments:

  1. lu nak bodek saper bro ... ?

    ReplyDelete
  2. yang bercakap tu pun 2X5

    ReplyDelete
  3. Betul juga apa yang dikata. Abis tu dokumen2 kat opis MB siapa nak sain?

    ReplyDelete

comment please.....