Konco-konco ku

Wednesday, November 19, 2014

YB BUDIMAN DIBATALKAN JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI!!

PERTAMA kali dalam sejarah apabila seorang wakil rakyat dibatalkan jemputannya sebagai perasmi dalam sebuah majlis sekolah. Tanpa menggunakan tiket politik, jemputan yang sepatutnya diterima oleh YB Budiman sebagai perasmi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana tekanan yang diterima oleh pihak sekolah daripada pihak atasan.

'Dukatcita dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa membatalkan jemputan tuan sebagai perasmi di majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2014 Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Sabak Bernam.'

Itu antara isi kandungan surat.

Bagaikan ada tangan ghaib yang menidakkan peranan wakil rakyat untuk mendekati rakyat kawasannya sendiri.

Namun hakikat yang pasti, kerajaan negeri takut dengan kehadiran YB Budiman dalam majlis-majlis seumpama ini. Apa rasionalisasinya perbuatan khianat sebegini?

Lihat sahaja Nik Nazmi yang sepatutnya menjaga kawasan Seri Setia namun terlepas hingga ke Sungai Besar hanya semata-mata menghadiri majlis yang sama di SRA Ehyaul Falah, Sungai Besar.

Kenapa tidak diberikan sahaja amanah ini kepada pemimpin setempat?

Mana YB Salehen Mukhyi yang juga Adun Sabak? Adakah masih ada dendam tersirat Adun PKR ini kepada Adun Pas yang menyokong Khalid Ibrahim tempoh hari?

Sama-sama lah fikirkan....

No comments:

Post a Comment

comment please.....