Konco-konco ku

Monday, August 18, 2014

U-TURN. MAJLIS SYURA ULAMA TERDIAM DISERGAH MAT SABU!!!

KEMELUT krisis MB Selangor semakin hampir dihujung penamatnya apabila PAS semalam membuat keputusan bersetuju untuk mengangkat Azizah sebagai Menteri Besar yang baru bersama satu lagi calon LELAKI, Azmin Ali.

Seperti yang dijangka juga, Azmin Ali terus menarik diri daripada dicalonkan sebagai MB kerana menghormati keputusan Anwar agar impian Anwar supaya Azizah sebagai MB tercapai.

Kalau sebelum ini PAS berkeras melalui Majlis Syura Ulama mahukan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB, namun semalam dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat mereka terpaksa berdiam diri kerana puak anwarisme sudah meresap dalam Pas yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama ikut keputusan majoriti Pas.

Apa nak dihairankan apabila Pas tiba-tiba boleh buat pusingan 'U-Turn' dalam keputusan MSU.

Dari dulu sejak bergabung dengan Pkr dan Dap keputusan yang dibuat tidak lagi mengikut acuan MSU.

MSU hanyalah sebagai penumpang. MSU terpaksa akur dengan keputusan pimpinan PAS yang sudah hilang serban dan jubahnya. PAS kini ditadbir oleh golongan liberal.

Tidak menghairankan kalau selepas ini akan ada banyak lagi pusingan U yang berlaku.


5 comments:

  1. Azmin tunggu anwar duduk tirai besi....baru segala rancangan di gerakkan....

    ReplyDelete
  2. MSU takde kepentingan, tp AJK AJK pusat ni masing masing income dah puluh puluh ribu dgn k'jaan pakatan, agensi agensi dan anak anak sykt k'jaan pakatan, mana boleh dilepaskan.

    ReplyDelete
  3. Klu dh tsesat ape lg,u turn la.....

    ReplyDelete
  4. Jika sekalipun TSKI bersalah jadi apa perlunya DSWA terbang terjun secara tiba2 ditanah Selangor?
    Tiada adun2 lainkah yang layak untuk menggantukan TSKI menjadi MB?
    Bagi saya ini semua hanya untuk memuaskan nasfu DSAI yang semakin menggila.. PAS juga yang kelihatan seperti Parti yang tiada berpendirian dan berpecah belah.. dan seterusnya selepas ini Tuanku Sultan pula yang dipersalahkan jika tidak mengikut kehendak nafsu serakah DSAI.
    Saya pasti ini bukan kehendak majoriti rakyat Negeri Selangor..
    PRU13 telah selesai PR menang 2/3 majoriti mudah. Seharusnya sekarang sibuk dgn program membangunkan Negeri dan mensejahterakan rakyat.. bukan asyik hendak berpolitik tak habis2, ceramah politik menghadut mencaci yang takpernah habis2.
    DSAI sudah2 lah.. cukup2 lah.. LKS ank dia jadi ketua menteri hang pun nak bini hang jadi MB kat Selangor.
    Bosan dengan mainan politik PR terutamanya Si Ketua Umum PKR (sah ka jawatan ini salam parti PKR?)..
    Pemilihan parti pun ambik masa sampai berbulan2 pun belum selesai..
    Selagi PKR ber Nakhoda kan DSAI sampai bila pun politik takkan aman.... baik di peringkat Negeri atau Negara.
    Sudah sudahlah...

    ReplyDelete
  5. Hampa dok agak hampa nak ngap DAP. Tapi hampa taktau DAP yang plan nak ngap hampa balik.

    ReplyDelete

comment please.....