Konco-konco ku

Saturday, August 23, 2014

CALON PKR PENGKALAN KUBOR SALAHKAN PAS PUNCA KALAH PRU-13

BERITA paling tragis hari ini selepas MH17. PKR dan Pas tak selesai lagi bergaduh rupanya. Selepas isu di Selangor yang dilihat pakatan songsang itu umpama retak menanti belah, kini seorang lagi bekas calon PKR yang kalah membuka mulut tentang keburukan Pas di Kelantan.

Saharun Ibrahim, calon Pengkalan Kubor PRU13 yang lepas hari ini membuka pekung Pas Kelantan tentang sebab utama beliau kalah di Pengkalan Kubor. Ini berikutan pemergian Adun Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah meninggal dunia semasa mendapat rawatan di China beberapa hari lepas.

Kata Saharun sebagai wakil PKR Kelantan dalam membahas usul menyokong ucapan Presiden parti pagi tadi turut menyebut punca kekalahan PKR di Pengkalan Kubor kerana sikap Pas yang dikatakan mencuri wang kempen.

Ntah mana yang betul tak tahu lah. Sebab dua-dua parti ni pun bukan betul sangat. Sembang je lebat.

PKR salahkan Pas. Pas salahkan PKR.

Begitulah sampai menjelang PRU akan datang. Tak habis-habis menyalahkan orang lain, diri sendiri silap tak pernah nak tengok.

Sementara Pas Pengkalan Kubor sudah pun menyenaraikan calon dari Pas untuk PRK kali ini. PKR pula pagi tadi menyatakan bahawa PKR harus mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor sebagai kerusi parti itu walaupun pernah kalah banyak kali kepada calon BN.

Kuasa punya pasal. Kawan sendiri pun boleh maki.

2 comments:

  1. PAS Tumpat tak bantu pun PKR masa PRU lepas di Pkln Kubor. PKR dok sorang-sorang, pas buat derk je. Tapi tiap malam pergi makan-makan. PKR kat situ hanya di backup oleh 'MP' PAS orang anwar iaitu Kamaruddin Jaafar. Kalau tak, PKR dihumban ke sungai golok oleh PAS. Ura2 masa arwah Hj Di sakit lagi, pas dah hantar nama calon mereka untuk di beri peluang kpd mereka pula.

    ReplyDelete
  2. Aku syak Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar telah diberikan suntikan racun oleh ejen si Barat-ZIONIS dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, yg. boleh sebabkan kanser hati; apalagi berubat di China pula tu! Tengok juga ulama-ulama TULEN PAS, yg. asyik meninggal dlm. usia muda - kita bukan nak mempersoalkan TAKDIR dari ALLAH SWT, tetapi jgn. kita buta pd. angkara JAHAT si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM yg. tidak boleh dibiaqkan! Apalagi Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis, negeri-negeri ISLAM yg. kuat mahu diJAJAH oleh MUSUH-MUSUH ISLAM ejen Barat-ZIONIS!

    Besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Allahyarham-Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA, dgn. bantuan PENGKHIANAT tempatan). Barat-Israel juga adalah sekutu kuat PAP-DAPBANGKAI pd. masa itu.

    Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “ Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

comment please.....