Konco-konco ku

Tuesday, August 26, 2014

PENSWASTAAN MAS, WAJAR ATAU TIDAK? SAMPAI BILA NAK TOLONG MAS?


Insiden demi insiden yang menimpa MAS pada tahun ini. Tahun yang gelap bagi MAS. Hinggakan ada mulut-mulut yang mencadangkan supaya MAS diswastakan. Wajar atau tak?

Kalau ikutkan, memanglah tak wajar sebab nak bazirkan lagi wang rakyat, dah RM5 billion digunakan untuk ‘ubat’kan MAS tapi masih dalam ICU. Tapi ada wajarnya juga sebab MAS ni kebanggaan negara.. jadi kenalah dipulihkan!!

Tapi semua yang kat dalam MAS tu perlu ingat, tabung Khazanah pun ada hadlah!!! Asyik nak korek tabung selamatkan korang, sampai bila???? Kenalah tolong diri sendiri sebelum orang lain tolong!!

Nak mintak diselamatkan tapi dalaman MAS bercakaran!!

Insiden yang berlaku ke atas MAS seperti kehilangan MH370 dan tragedi MH17 masih lagi berluka. Sekarang ni dalam usaha Khazanah nak keluarkan MAS daripada krisis kewangannya, timbullah pula kesatuan-kesatuan dalam MAS ini dengan pelbagai syarat dan permintaan. Apa sebenarnya yang korang nak? Nak jadi boss???

Jika dahulu kita kerap mendengar MASEU iaitu MAS Employees Union kerap mempersoalkan tentang kerugian yang dialami oleh MAS dan nakkan pihak pengurusan dipecat, kini satu lagi union iaitu Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) nak jadi hero.

Benarlah kata orang, bila nak rosakkan satu-satu organisasi tu biarlah ianya rosak dari dalam.

MASEU yang makin lama makin lantang mengutuk pengurusan MAS akhirnya bersetuju supaya MAS diswastakan. Tapi demand bentangkan kepada mereka pelan pemulihan dan siap letakkan syarat. Apa dah besar sangat ke kesatuan pekerja ni? Korang ni jadi pekerja ke jadi boss?

Pelik. Apa kata MASEU amek tempat Khazanah dan ambilalih MAS terus? Khazanah taklah nak pening kepala cari duit nak selamatkan MAS.

Tambah pening kepala bila NUFAM pula nak ada orang perantaraan untuk bincang dengan pengurusan. NUFAM dulu pulak pernah kata penswastaan bukan langkah terbaik. Habis apa yang terbaik?

Ni memang signal yang dalaman MAS pun tak sehaluan!! Makin parahlah MAS bila dua kesatuan pekerja ni banyak songeh. Yang ini nak, yang itu pulak tak nak.

Sampai bila benda ni nak selesai?

Dalam keadaan MAS yang dilihat semakin nazak, percakaran dalaman berterusan hingga buatkan pengurusan MAS tak dapat nak buat keputusan yang terbaik untuk selamatkan syarikat ini.

Kalau ditengok kepada bantahan dan teori pemulihan yang diketengahkan oleh orang yang ‘berpengalaman dalam penerbangan’ setakat ini, rasanya mesti ada bantahan kepada rancangan pemulihan sebelum ni kan? Dah beberapa pelan di bawah 5 CEO tapi MAS di tahap lama? Takkan semuanya salah pengurusan?

Dari dulu hingga sekarang masih juga masalah yang sama. Tak dapat persetujuan dari kesatuan pekerja. Makin peninglah CEO MAS macam ni. Semua kena ikut cakap pekerja. Rasanya adakah CEO baru nak ‘bunuh diri’ masuk MAS? Dah lah rugi, staf tak sehaluan, mintak itu dan ini, adui…

Beb! Korang tau ke tak benda asas apa dalam MAS yang sebab kan benda ni semua jadi? Bukan nak cakap apa tapi bila pekerja nak berlagak jadi boss ini lah jadinya. Haram jadah!

Dulu MASEU nak mengadap PM konon nak bentangkan pelan pemulihan MAS tapi sampai sekarang tak ada bunyi. Apa yang jadi? Dah jumpa PM ke belum? Pelan pemulihan dah siap ke belum?

Krikk... Krikk... Krikk...

Senyap lagi................... PM tak jemput kot!!

Bila management ajak berbincang pasal Khazanah nak takeover MAS, MASEU boleh cakap tak dapat jemputan!! Biar betul!! Bila MAS nafi, apasal tak jawab balik?

Konon dalam union dia orang kuat sebab ade experience staff yang tahu semua pasal selok belok MAS. Tapi mana pergi suara experience staff tu? Tak kan tak ada idea nak bantu MAS? Tiap masa nak tuding jari salahkan pengurusan MAS tapi solution tak ade. Macam bela tin kosong je.

Union sepatutnya bersatu dan senada dengan pengurusan. Jangan sebabkan bodoh sombong korang buatkan syarikat milik Malaysia ni tanggung rugi.

Kalau percakaran ni tak bernoktah, rasanya tak mustahil Khazanah yang noktahkan talian hayatnya kepada MAS. Masa tu siaplah MAS ditalkinkan.

Amacam? Korang nak tak? Tak dengar lagi ada company ataupun pihak ketiga yang offer nak beli MAS? Siapa yang rugi? Siapa yang akan hilang kerja? Jangan jadi bodoh!

3 comments:

  1. Bubarkan kesatuan2 dalam mas dan lantik ceo yang berwibawa dan tegas...barulah mas dapat dipulihkan..jadikan airasia sebagai contoh,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju MASEU ini dibubarkan dan MAS diswastakan...Berapa banyak lagi yang perlu kerajaan tanggung BIAWAK HIDUP macam MAS ini...Ini baru masalah dalaman.
      Tapi dalam kes kehilangan MH370 dan tragedi MH17 berapa puluh juta pula kerajaan perhabiskan....untuk melengkapkan tindakan yang membazir...lebih baik bantuan jutaan ringgit itu digunakan untuk munafaat kepada rakyat...Ingat wahai Pemimpin UMNO yang kamu masih berkuasa lagi ini...jangan sampai rakyat menghukum..teruk padahnya..jadilah macam negeri SELANGOR yang jatuh ke tangan pembangkang, Sedarlah NAJIB dan Barisan Menteri Kabinet..Ingat apa yang dinyatakan oleh TUN M amat bertepatan yang kamu semua banyak menghabiskan harta negera kejalan yang membazir.

      Delete
  2. Beruk2 ni semua ambik duit khazanah kerajaan buat signboard logo baru caj juta2..biar kompeni tonggang langgang & sibuk bagi sub..itu aja nilai keparat yg dotrang ada..gaya kalah Donald trump. .bagi 100bilion pun gerenti bankrupt.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...