Konco-konco ku

Thursday, August 7, 2014

KEPUTUSAN MUKTAMAD: MAJLIS SYURA ULAMAK PAS SOKONG KHALID MB SELANGOR

SEKALI lagi terduduk terdiam pilu si Anwar ni. Selepas sidang media yang diadakan semalam bagi mendesak Khalid letak jawatan supaya MB Selangor boleh diserahkan kepada Wan Azizah, hari ini Majlis Syura Ulamak menyokong sepenuhnya Khalid Gagap.

Apa boleh kata kalau orang kuat PAS sendiri memberikan sokongan.

Dan sudah pasti kepimpinan PAS Selangor juga harus akur dengan keputusan parti bagi mengekalkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor tanpa dakwa dakwi. Sudah tentunya Mat Sabu hilang kredibiliti kerana hanya beliau yang menyokong Wan Azizah dari kem PAS.

Sekarang kita boleh nampak siapa sebenarnya parasit dalam PAS yang cuba menjadi hero dalam PR.

**********************************
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah 'memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara."

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amandah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....