Konco-konco ku

Wednesday, August 27, 2014

PAS PERTAHAN LETAK CALON LELAKI JADI MENTERI BESAR SELANGOR!!

EPISOD perebutan kerusi Menteri Besar antara PKR, DAP dan PAS telah masuk ke fasa terbaru lepas Khalid mengadap Sultan semalam. Semalam, Sultan menitahkan supaya Khalid meneruskan tugas beliau sebagai MB Selangor sehingga sidang Dun bulan November akan datang jika dewan ada buat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menarik apabila PKR dan DAP tetap mempertahankan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid walaupun Sultan tidak memperkenankan cadangan itu. Manakala PAS pula mula buat U-Turn semula apabila mereka akan menamakan calon selain Wan Azizah sebagai MB.

PAS dengar-dengarnya nak letakkan Azmin atau Iskandar Samad sebagai MB. Sebab utama adalah LELAKI.

Tapi sayangnya mungkin hasrat PAS akan berkubur apabila mereka sudah tidak punyai majoriti dalam Dun bila 2 Adun nya rela dipecat dari parti sebab tak ikut arahan pemimipin Pas pusat.

Makin parahlah Selangor. Dengan MB yang tak dapat sokongan majoriti. Dengan Adun PAS yang berpaling tadah. 

Hadi Awang juga katanya sudah mempelawa Azmin untuk menyertai PAS dan turut membawa masuk beberapa lagi Adun PKR yang tidak setuju supaya Azizah menjadi MB dan seterusnya mengangkat Azmin sebagai MB Selangor yang baru dengan gabungan Adun UMNO.

Konflik mungkin juga akan berterusan.

Jangkaan aku, Sultan akan tetap tidak akan setuju Wan Azizah jadi MB Selangor. 

PAS terpaksa ambil alih dengan sokongan dari Adun UMNO.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...