Konco-konco ku

Monday, August 4, 2014

DAP TAK MAMPU BAYAR IKAT JAMIN PEMANDU KARPAL SINGH

BEKAS pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam seorang warganegara India yang telah berkhidmat dengan setia bertahun-tahun kini terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai lalu setelah dituduh kerana didakwa memandu secara cuai dan berbahaya.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 tahun yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor setelah dipilih pada 25 Mei lalu menggantikan kerusi tersebut yang kosong ekoran kematian bapanya pada 17 April lalu serta turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak itu berlaku memberi alasan beliau tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan beliau juga adalah saksi kejadian.

Sejak itu Selvam telah direman dan terpaksa meringkuk dalam penjara dengan tiada siapa yang sanggup tampil membantu.

Akibat gagal menyediakan wang jaminan, tempoh penahanannya dipanjangkan sehingga tarikh perbicaraan.

Adalah mengelirukan bila peguam dalam DAP pantas menawarkan khidmat guaman mereka dalam kes lain antaranya membabitkan pemandu wanita, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya baru-baru ini.

Ini menimbulkan persoalan sama ada peguam-peguam dalam DAP hanya berminat mewakili kes-kes yang dilihat memberi kelebihan politik kepada mereka berbanding mahu membela nasib individu yang benar-benar memerlukan serta sudah berkhidmat dengan setia kepada keluarga Karpal dan secara tidak langsung kepada parti DAP itu.

Bukankah DAP selalu bermegah mempunyai peguam yang hebat-hebat belaka, kononnya bersedia untuk membantu masyarakat mendapatkan keadilan.

Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...