Konco-konco ku

Tuesday, August 26, 2014

KJ DEDAHKAN PENJAWAT AWAM RAMAI AHLI PARTI PEMBANGKANG??

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.

Kita lihat sahaja perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini Ujang  serta ramai lagi dan lebih parah lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.

Jadi kenyataan KJ ini tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.

Bila Tun M menyerang dalam tulisannya tentang....baca lagi di SINI.

6 comments:

  1. Apsal Najib Goh Boddoh sangat pie ambik orang PKR, yg sokong Nuar Berahim bubuh dalam Kerajaan..

    Atau Memamng si Mamak Ali Hamsa punya Kerja..?

    Dalam MOF sendiri pon ramai...

    Nanti saya letak nama sekor-sekor malauan hamlau nie, makan gaji dgn kerajaan UMNO BN, tapi tak buat kerja, lembabkan proses buat kereja, keraja satu jam jadi satu minggu..

    Buang asjer haramjaddah nie semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. NKRA kan...Najib Kerja Rosmah Arah..sebab tu pemantau dalam jabatan kerajaan tidak diaktifkan...Perkara menyokong pembangkang ni dari dulu lagi ada..tapi dalam zaman NAJIB lagi la berleluasa..sebab NAJIB bukan nak dengar nasihat orang..sebab tu dalam setiap ucapannya dia selalu sebut 'PENDEK KATA"...Pendek tu SAPA?? bukan ROSMAH ke?
      Kalau dia dengar nasihat penasihat penasihat dia, NAJIB tak akan jadi macam hari ini.

      Delete
  2. dah lama civil servants sokong opposition, nothing new. just that BN could not be bothered.

    ReplyDelete
  3. "Professional, mencapai produktiviti tinggi....- PI MAMPOS agenda LIBERAL Barat-ZIONIS; yg. mengenepikan ISLAM dan hak umatnya! Jadi kalau si golongan pembangkang termasuk si puak SODOM yg. amat benci ISLAM/umatnya, ada sikap "professional blah...blah..blah.." - itu dah mencukupi utk. diPUJA/diSEMBAH si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT?! OI KP/TKP PEMUDA UMNO yg. makin bongkak dan tamak - PI BERAMBOSlah lu dari UMNO!

    Patutnya digantikan KP/TKP yg. benar-benar berjiwa rakyat dan kuat MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak umatnya serta hak bangsa BUMIPUTERA, cthnya nak Mohd. Razlan Mohd. Rafii ni! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140826/dn_08/Tidak-mampu-beli-rumah , Tidak mampu beli rumah, Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA:

    KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kerajaan digesa mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

    Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, makmal ini juga perlu mengkaji tahap permintaan yang tidak seiring dengan penawaran bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan warga ibu kota......

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan KJ. Kakitangan awam dilantik melalui SPA, dalam borang permohonan tidak ada langsung tentang keperluan menjadi penyokong kerajaan dan yang ditekankan adalah kaki tangan awam bahagian pengurusan tidak boleh menjawat apa-apa jawatan dalam parti dan tak kiralah sama ada BN, PAS, DAP dan lain-lain. Janganlah terlalu bimbang tentang sama ada kakitangan awam menyokong atau tidak kerana kaki tangan awam tertakluk kepada peraturan dan undang-undang seperti Public Officers Regulations (Conduct and Discipline) (Amendment) 2002
    •Regulations Public Officers (Appointment, Promotion and Termination) 2005
    •Public Officers Regulations (Conduct and Discipline) (Amendment) 2006
    •Public Officers Regulations (Conduct and Discipline) (Amendment) 2007
    dan lain-lain.

    ReplyDelete
  5. Johan, akibat "hak asasi KESAMAAN" PALSU si Barat-ZIONISlah, . sampai MUSUH ISLAM termasuk dari golongan pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, boleh pijak kepala dan hak BUMIPUTERA ISLAM/Melayu dan BUMIPUTERA lain - terutamanya CEO-CEO-BONGKAK/TAMAK/PENIPU sy. GLC yg. disyaki, ramai dari penyokong si PKRSODOM! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140826/dn_06/MISC-pinggir-pelaut-bumiputera, MISC pinggir pelaut bumiputera?, Oleh HUSSAINI AMRAN:

    KUALA LUMPUR 25 Ogos - Malaysia International Shipping Corporation (MISC) didakwa masih gagal memberi keutamaan kepada golongan bumiputera untuk memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

    Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, sehingga kini, MISC masih tidak membuka peluang kepada golongan pelaut bumiputera apabila terdapat ruang untuk kenaikan pangkat.

    Menurut beliau, warga asing dari Filipina, Bangladesh dan India lebih diutamakan di dalam MISC sedangkan golongan bumiputera serta Melayu dianaktirikan.

    "Saya sendiri telah berkomunikasi dengan Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Datuk Nasaruddin Md. Idris melalui telefon dan beliau telah berjanji untuk menyelesaikan masalah di MISC seperti pendedahan saya sebelum ini.

    "Namun sehingga kini, jawatan tinggi di dalam MISC masih dikuasai oleh bukan bumiputera dan berlaku diskriminasi dalam pentadbiran khususnya ketika kenaikan pangkat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    ……..Azwanddin memberitahu, kesusahan dan keperitan pelaut Melayu yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mengikuti kursus di peringkat sijil hanya dipandang ringan serta langsung tiada tindakan bagi membantu mereka.

    "Suara pelaut ini tidak didengar di dalam MISC dan pertemuan tertutup saya dengan pelaut telah banyak memberi maklumat terkini yang berlaku di dalam MISC," katanya.

    Sehubungan itu, Azwanddin mendakwa, sikap angkuh Nasaruddin yang memandang sinis terhadap pelaut Melayu merupakan faktor utama beliau tidak layak menerajui MISC.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

comment please.....