Konco-konco ku

Sunday, September 29, 2013

NO.41: DATO' TAJUDDIN MAAFKAN SI PENYEBAR FITNAH DIRINYA!!

SEORANG tokoh yang sudah lama berjuang dalam UMNO. Seorang pemimpin yang punyai pengalaman pahit getir dalam menempuh perjalanan politik Melayu. Seorang insan yang punyai visi, misi, tegas untuk menaikkan martabat bangsa Melayu itu sendiri.

Dato' Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Ketua Bahagian Pasir Salak dan juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan seorang pemimpin berjiwa patriotik. Menyingkap susur perjalanan politik beliau pasti masing-masing akan tergamam.

Namun amat menyedihkan apabila ada seorang pemimpin yang tidak perlu disebut namanya disini telah menggunakan blogger upahannya untuk memfitnah dan menjatuhkan beliau. Namun oleh kerana sifat pemaaf yang ada dalam diri Dato' Tajuddin masih lagi ada, maka dimaafkan individu tersebut kerana beliau faham yang tidak semua tahu kisah disebalik segala kemelut.

Bukanlah niat Dato' Tajuddin untuk bergaduh sesama sendiri dalam satu parti tetapi cuma ketegasan beliau dalam hal ehwal kerja dan politik Melayu serta kepentingan Melayu sering kali di salah ertikan. 

Mengikut sejarah penglibatan beliau dalam politik UMNO. Penuh onak dan ranjau berduri perlu ditempuhi oleh Dato' Tajuddin. Adat berpolitik yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan boleh jadi kawan. Yang penting hak dan kepentingan orang Melayu tidak pernah luntur dari semangat dalam diri beliau.

Beliau kenal sangat dengan Anwar Ibrahim kerana pernah sama-sama menuntut di Universiti Malaya yang ketika itu beliau merupakan pemimpin Jawatankuasa Mahasiswa UM manakal Anwar hanya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Sedang Anwar sibuk berdemo, Dato' Tajuddin mengambil tanggungjawab untuk menyatukan mahasiswa UM dalam satu persatuan dengan pelbagai aktiviti agar tidak terjebak dengan ayat manis Anwar Ibrahim. Sejak dari zaman universiti lagi beliau sudah kenal Anwar.

Ditahan bawah akta ISA?? Ya! Memang tidak dinafikan yang beliau memang pernah ditahan di bawah akta ISA yang mengakibatkan 2 bulan beliau meringkuk dalam penjara. Beliau ditahan kerana dituduh mengeluarkan kata-kata 'Bunuh Cina' semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Semasa perhimpunan tersebut beliau bertindak sebagai pengerusi majlis (MC) dan ramailah pemimpin Melayu yang ketika itu baru sahaja lepas tragedi 13 Mei berkumpul, antara pemimpin yang memberi ucapan ketika itu adalah Ibrahim Ali. Boleh tanya Presiden Perkasa. Sebab apa perhimpunan itu dibuat?? Sebab memberi amaran kepada Ketua Pemuda MCA ketika itu yang mula mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera. Salahkah tindakan Dato' Tajuddin??

Namun jangan risau kepada si penyebar fitnah berbayar. Dato' Tajuddin dengan senang hati sudah memaafkan mereka. Tetapi ada sedikit rasa kesal dalam hati Dato' Tajuddin kerana serangan terhadap kepimpinan UMNO dilihat lebih hebat dari serangan kepada pemimpin pembangkang. 

Nasihat beliau hanya satu... Berhentilah...

Niat beliau juga hanya satu, untuk mempertahankan parti UMNO dan orang Melayu di Malaysia...


5 comments:

  1. ye sangat ke si Tajuddin tu..orang tak kenal boleh le cakap..yang kenal pulak kata apa??

    ReplyDelete
  2. Bkn dia ni ke yg nak buat Umno bahagian Pasir Salak umpama syarikat anak beranak..? Org mcm ni ke yg nak kita sokong? Maaf la.. Semakin meluat dgn pemimpin yg busuk & membusukkan Umno

    ReplyDelete
  3. Perjuangan beliau tidak pernah berbelah bahagi untuk UMNO dan Melayu sejak dari dulu lagi. Syabas Dato' Tahuddin. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  4. Saya secara peribadi kenal kedua2 orang tua dan adik beradik Dato' Tajuddin. Beliau adalah anak kampung tulen yg pernah merasai kesusahan sejak dari kecil. Semasa bersekolah di Sek Keb Pekan Rabu adalah saat2 beliau menempuh segala pahit getir sebagai anak org miskin. Berbekalkan sifat beliau yg sentiasa cekal menghadapi pahit getir kehidupan, beliau meraih tangga2 kejayaan satu demi satu didalam hidup beliau. Sifat kepimpinan beliau semasa di UM dan penglibatan didalam perniagaan menjadikan tonggak untuk beliau lebih berjaya didalam setiap bidang yg diceburi. Selepas berjaya didalam bidang perniagaan, beliau menceburi politik hinggalah ke hari ini. Jika ada yang menggelarkan beliau sebagai gangster, itu adalah gelaran yg diberikan oleh org yg tidak puas hati dgn kejayaan beliau. Ramai yg tidak tahu ada sejarah perjuangan org2 melayu melawan komunis di kampung Sungai Manik, kampung Dato' Tajuddin, tetapi kisah ini tidak dibukukan didalam buku sejarah. Komunis datang menyerang org2 kampung tetapi org kampung dan ahli selempang merah bertindak balas.Tidak berapa jauh dari rumah beliau dulu, adalah medan dimana org2 kampung merejam mati talibarut komunis. Tidak hairanlah kalau beliau pernah dikenakan ISA bila dgn lantang bercakap pasal bunuh cina.

    ReplyDelete
  5. Melayu ni sedang memecah belahkan UMNO P.Salak. Cuba meletakkan anak dia di Bahagian. Tak payah cerita kenal org tua dia dan adik beradik sgala bagai.

    ReplyDelete

comment please.....