Konco-konco ku

Saturday, November 23, 2013

MAT SABU KEKAL JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS 2013-2015

"Ulamak 121" Mat Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

AHLI JAWATAN KUASA

1. Idris Ahmad, Ustaz
2. Mazlan Aliman, Haji
3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir.
4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr.
6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz
7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr
9. Dzulkefly Ahmad, Dr
10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj
11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato'
12. Khalid Abd samad, YB Hj
13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz
14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
15. Riduan Mohd Nor, Dr.
16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr.
18. Nuridah Salleh, Ustazah

Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi.

2 comments:

  1. Bah. pertama:

    MALA PETAKA betul kpd. PARTI ISLAM PAS, golongan ulama serta NEGARA ISLAM kita ni! UMNO terutamanya Pemuda, dan PAS pun makin diJAHANAMkan golongan LIBERAL-PENGKHIANAT ni!

    Lihat bagaimana SEJARAH ISLAM/MELAYU PUSAKA INDAH kita di Tanah Melayu NUSANTARA kita ini, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita dari sebelum dijajah Barat-Zionis lagi, makin diMUSNAHkan, disyaki oleh si KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu PAP-Barat-Israel mereka) terutamanya di P. Pinang dan Selangor (nak buat mcm. kat S'pura, dan Langkawi pun si LIBERAL nak jadikan mcm. Monaco) - di (dihttp://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131123/lk_04/Tapak-arkeologi-diceroboh:

    AKTIVITI pencerobohan oleh kumpulan pencari harta karun dan pengamal amalan khurafat yang masih berleluasa akan terus mengancam tapak-tapak arkeologi di sekitar Jugra.

    Pembantu Muzium Insitu, Mohd. Jangi Zaimin berkata, pihaknya mengesan beberapa aktiviti pencerobohan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pencari harta karun dan pengamal pemujaan judi nombor ekor sejak beberapa tahun lalu.

    "Salah satu daripada tapak yang terjejas teruk oleh aktiviti penggalian yang dilakukan secara haram adalah di tapak perigi lama Jugra.
    "Walaupun kita pernah memasang pagar untuk melindungi tapak kajian namun usaha itu gagal. Kedudukan tapak yang terpencil memang agak sukar diawasi,'' katanya.

    Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kemusnahan kepada tapak arkeologi dan mengganggu program penyelidikan yang masih belum selesai.

    Mohd. Jangi berkata, ketaksuban untuk memperoleh kekayaan dengan cara mudah menyebabkan kumpulan itu sanggup menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam.

    "Mereka percaya tempat-tempat ekskavasi mampu menemukan mereka dengan artifak-artifak berharga yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.

    "Untuk mendapatkannya ada yang sanggup membahayakan diri dengan menggali lubang sehingga mencapai kedalaman beberapa meter.

    "Selain pencari harta karun, tapak arkeologi juga menjadi sasaran pemuja nombor ekor yang mempercayai tempat seperti itu sebagai keramat,'' jelasnya.

    Tapak perigi lama Jugra menempatkan sembilan buah perigi yang dipercayai pernah menjadi lokasi persinggahan pedagang untuk mengambil air bersih dan berlindung ketika ribut di laut.

    Ditemui melalui projek ekskavasi pada 2001, tapak arkeologi yang terletak kira-kira 200 meter dari Muzium Institu itu masih mempunyai susunan batu-bata yang membentuk perigi dan saliran longkang.

    Makcik Sambal Belacan - sayu mengenang lagu ASLI Melayu PUSAKA kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham, Tan Sri Saloma (isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee) - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Alahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup melarat di lhttp://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk, Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro.



    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Lihat SEJARAH PUSAKA Islam/Melayu gemilang kita yang sengaja diHANCOQkan di Jugra - di http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131123/lk_01/Sejarah-yang-dilupakan , Sejarah yang dilupakan, MOHD. AIDY KHAIRUNIZAM :

    KEMASYHURAN Jugra sebagai pusat maritim yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka pernah disebut oleh Tun Seri Lanang di dalam buku tulisannya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

    Di dalam karya kesusasteraan itu, kesibukan pelabuhan Jugra yang terletak di kuala Sungai Langat digambarkan menyampai kesibukan pelabuhan Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.

    Selain gambaran menjadi pintu masuk utama perdagangan di Selangor, Tun Seri Lanang turut menyebut ketibaan Laksamana Hang Tuah di pelabuhan Jugra selepas keluar berlayar dari Melaka.

    Diceritakan kononnya Hang Tuah menghabiskan masa selama dua hari dua malam di Jugra selepas kapalnya yang berlabuh di pelabuhan tiba-tiba karam.

    Sama ada benar atau tidak petikan daripada tulisan itu, kisah persinggahan Hang Tuah menjadi sebahagian daripada kisah yang bermain di bibir penduduk apabila menceritakan tentang sejarah Jugra.
    Salah satu daripada 'bukti' yang digunakan untuk mengaitkan kisah itu adalah kewujudan kesan tapak kaki pada batu besar berhampiran jeti Batu Hampar yang terletak tidak jauh dari kaki Bukit Jugra.

    Jeti Batu Hampar di tebing Sungai Langat itu dipercayai adalah tapak pelabuhan yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang sebagai pelabuhan Jugra.

    Selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, Jugra dikenali sebagai bandar Diraja apabila Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) memilih kawasan di pinggiran Bukit Jugra sebagai tempat bersemayam. Baginda menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Selangor antara 1859 hingga 1898.

    Pada masa kini, tinggalan seperti balai polis lama, makam Diraja, pejabat daerah lama, stor peluru, istana lama, Istana Bandar, masjid Sultan Ala'eddin Shah dan tapak perigi lama merupakan sebahagian daripada bukti sejarah yang masih boleh dilawati

    Cuma malangnya sebahagian daripada tinggalan itu ada yang sudah musnah dan dalam keadaan terbiar. Hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.

    Ketua Muzium-Muzium Daerah Wilayah Selatan, Mohd. Aidy Khairunizam Rashid berkata, Jugra pernah menjadi laluan utama pengangkutan bijih timah yang diangkut dari Kajang, Balakong, Hulu Langat dan Semenyih.

    "Sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad, Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah sebelum dibawa keluar melalui Sungai Langat.

    "Berdasarkan bukti-bukti yang ada, kita percaya Jugra pernah memainkan peranan yang penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan beralih ke Klang pada 1882,'' katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
    Selain itu katanya, Jugra semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Samad dan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor kelima) pernah menjadi kawasan pertanian utama di Selangor.

    "Hasil daripada kemakmuran pemerintahan kedua-dua sultan, Jugra diberi nama timangan sebagai Bandar Temasya.

    "Sebelum itu nama lama Jugra adalah Tanjung Kera kerana terdapat banyak kera di kawasan bukitnya,'' kata beliau.......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

comment please.....