Semalam Wan Azizah menangis dalam forum "3-cornered fight: a win for Pakatan". Beliau menangis mengenangkan bagaimana dia dan suaminya, Anwar Ibrahim menjadi mangsa Mahathir Mohamad.
Walaupun tak menyebut nama Mahathir disebabkan Mahathir dah jadi rakan cium mulut Pakatan Harapan, namun Wan Azizah memberitahu dia ditarik masuk ke dalam arena politik selepas suaminya, Anwar dipenjarakan pada 1999.
Wan Azizah cuba kata ada beberapa perkara yang dia boleh tanggung tetapi ada yang dia tak boleh. Secara tersirat Wan Azizah nak kata bahawa Mahathir lah penyebab kepada kesengsaraan yang dialami oleh dia dan anak-anaknya selepas Anwar dipenjarakan oleh Mahathir.
Dari sini kita boleh tahu, Wan Azizah sebenarnya tak ikhlas pun terima Mahathir tetapi terpaksa.
No comments:
Post a Comment
comment please.....