Konco-konco ku

Monday, November 18, 2013

BAJET KERAJAAN DAP SELANGOR!! SEWA RUMAH PPR SELANGOR DINAIKKAN 100%!!

SEDIA maklum yang menduduki kawasan perumahan PPR di Selangor adalah dari golongan miskin bandar dengan erti kata lain mereka yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Para penyewa juga terdiri daripada orang yang kurang berkemampuan malah ada juga warga emas yang tinggal di situ dengan hanya mengharapkan duit yang dikirimkan oleh anak-anak mereka.

Semasa zaman pemerintahan BN di Selangor, kerajaan BN hanya mengenakan sewa bulanan sebanyak RM124 bagi setiap unit rumah memandangkan mereka yang menyewa disitu sudah semestinya datang dari golongan yang kurang berkemampuan untuk menyewa rumah yang lebih besar. Akibat dari keprihatinan kerajaan BN terdahulu, maka dibinanya rumah pangsapuri bagi golongan berpendatan rendah ini.

Tetapi itu semua dulu, sekarang kerajaan pakatan yang dikuasai oleh DAP pula mengambil alih. Kenapa aku cakap DAP yang memerintah bukan PKR walaupun Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor adalah ahli PKR, kerana mengikut majoriti yang menang di Selangor adalah dari DAP. Tengok statistik keputusan PRU-13.

Baru-baru ini penduduk di salah satu kawasan perumahan PPR Selangor telah mendapat satu surat notis bagi menaikkan sewa rumah yang sebelum ini hanya RM124 kepada RM250 sebulan. Tahniahlah, sebab yang dinaikkan sewa tu kawasan bandar dan untuk makluman, BN tidak menang langsung di kawasan bandar dan hanya kebetulan menang di Kota Damansara kerana pergaduhan dalaman pakatan.

Tahniah kepada penduduk bandar di Selangor. Anda telah memilih wakil rakyat yang tepat. Wakil rakyat yang betul-betul memenuhi citarasa penduduk bandar yang mahukan perubahan kepimpinan katanya.

Tidak perlu lagi salahkan BN sebab Barisan Nasional sudah Be End di Selangor. Merayulah, menangislah, melutulah dihadapan wakil rakyat masing-masing yang majoritinya dari Cina DAP. 

Semoga bahagia selalu.

5 comments:

  1. Tahniah.. tahniah.. hadiah besar kerana menangkan PR diSelangor tahun ini

    ReplyDelete
  2. pucuk d cita ulam pula yg mendatang....cam best jer...cam sedap jer...dlm hati (cam gampunk jer)...kah3

    ReplyDelete
  3. Bagus pkr...biar undi pkr berbaloi2 dapat hadiah...gula naik 20sen korang bising..haa..amik ko undi lagi pkr..sekarang hadap la bahananya...korang undi..korang yg bayar..hahhahaha

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Kerajaan berjiwa rakyat betul.....he. Harga gula naik 20sen boleh jgk kita kurangkan pengambilan gula harian. Naik harga sewa rumah boleh tinggal bawah jambatan le kot. Percuma. Apapun kepada pengundi Pakatan Rakyat redhalah dengan apa keputusan Kerajaan DAP tu. Kepada pengundi BN pulak berusahalah untuk merampas kembali Kerajaan Selangor.
    Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Marahkan UMNO/BN undi PR. Dapatlah seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan DAP tu. Tahniah dan jangan marah.

    ReplyDelete

comment please.....