Konco-konco ku

Wednesday, November 20, 2013

PERJUANGAN BELUM SELESAI DI SETIAWANGSA!! POLITIK WANG TERUS BERLELUASA!!

MENARIK pertembungan antara Shuib Hj. Ibrahim dan Dato' Seri Abdul Halim Samad yang masing-masing merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Hebat orang UMNO apabila tiba masa berebut jawatan ni. Masing-masing nak tunjuk kekuatan, masing-masing nak tunjuk kehebatan.

Selepas lebih kurang sebulan berlalunya Pemilihan UMNO Bahagian seluruh negara, masih ada lagi beberapa bahagian yang bersidang semula dan memilih semula kerana rasa tidak puas hati dan tidak dapat menerima kekalahan masing-masing. Kuala Selangor, Sepang, Kepong dan beberapa bahagian lain telah bersidang namun sehingga ke hari ini bahagian Setiawangsa masih belum bersidang semula.

Pada 19 Oktober yang lepas, Shuib Hj. Ibrahim telah berjaya menewaskan Dato' Seri Abdul Halim Samad yang juga penyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dengan majoriti tiga undi sahaja. Akibat tidak percaya dengan kekalahan, satu surat rasmi bagi pemilihan semula telah dihantar kepada Lembaga Disiplin UMNO Malaysia. Maka berlangsunglah pengundian semula bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang menyaksikan jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon berjumlah 165 undi.

Politik Wang Berleluasa.

Akibat keputusan yang masih tergantung dengan keputusan seri, maka dapatlah satu maklumat dari seorang perwakilan yang menyatakan Dato' Seri Abdul Halim Samad mengamalkan politik wang demi meraih undi bagi mengekalkan jawatannya.

Setiap perwakilan yang bakal mengundi dikatakan menerima wang sogokan bernilai antara RM200 hingga RM1000. Malah Dato' Seri Abdul Halim Samad telah melantik beberapa ejen bagi proses pengagihan duit kepada 44 orang perwakilan yang mana antara yang terlibat adalah AJK Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan juga Naib Ketua Puteri Bahagian.

Amat pelik kes ini apabila seorang Pengerusi KUB malah pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terpalit dengan kes politik wang. Dimana integriti seorang orang kanan malah orang kepercayaan Perdana Menteri sendiri? Adakah sudah digelapkan dengan jawatan yang terhidang?

Yang menjadi lebih pelik apabila ada juga sahabat dari Setiawangsa sendiri yang menyampaikan bahawa Dato' Seri Abdul Halim Samad ini bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian adalah atas arahan Perdana Menteri sendiri. Ayat yang sama didengari di kebanyakan tempat. Mereka bertanding atas arahan Dato' Seri Najib Tun Razak. Memang agak cliche alasan yang diberikan.

Wujud Kuasa Besar di Setiawangsa.

Tidak tahu mana silapnya tetapi itulah seperti yang diceritakan oleh beberapa orang rakan yang meluahkan perasaan tentang wujudnya satu kuasa besar di bahagian Setiawangsa sendiri tentang penglibatan campur tangan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang memang mahukan Dato' Seri Abdul Halim Samad untuk menang.

Setiausaha Kerja UMNO ini dikatakan telah membuat keputusan menolak undi-undi rosak (3) yang dengan secara logik dan fizikal sememangnya boleh diguna pakai. Malah Setiausaha Kerja UMNO turut menolak bulat-bulat bantahan wakil calon dengan alasan yang tidak munasabah walhal kaedah yang sama juga diterima pakai pada pemilihan di bahagian lain.

Sudah lah berat sebelah kerana memang mahu memenangkan sahabat karibnya Dato' Seri Abdul Halim Samad, malah beliau sebenarnya tidak memantau pun dari permulaan proses kira undi dan hanya tiba sewaktu pengiraan undi hampir selesai apabila sudah nampak Dato' Seri Abdul Halim Samad akan kalah.

Penting sangatkah peranan Dato' Seri Abdul Halim Samad yang berusia 70 tahun ini sehingga wujudnya campurtangan daripada pihak luar? Kenapa Lembaga Disiplin UMNO Malaysia masih sunyi sepi tentang perkara ini walaupun surat protes dikatakan sudah dihantar oleh si mangsa keadaan? 

Menurut rakan dari Setiawangsa ini lagi, senarai nama penerima wang sogokan seramai 44 orang perwakilan sudah dihantar kepada Lembaga Disiplin UMNO namun sehingga kini masih lagi bunyi cengkerik...krik..krik..krik.. Sunyi sepi.. Adakah ada kuasa besar yang mengarahkan supaya keputusan bagi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa digantung dahulu?

Katanya perlukan TRANSFORMASI tapi malang, orang-orang besar dalam pejabat UMNO Malaysia masih mahukan orang yang sudah kurang pendengaran untuk memacu parti di bahagian. Apa jadahnya transformasi serupa ini? Adakah mereka takut akan perubahan UMNO itu sendiri?

5 comments:

  1. umno nak menang di selangor? kalau beginilah skilnya, makin jauh la. luck tak ada, rakyat makin jijik. kalau pr tu umpama lalat dan langau, umno itu sendiri adalah daging busuknya. maknanya daging busuk itu adalah makanan lalat dan langau. tidak hairanlah pr boleh menang di selangor.

    ReplyDelete
  2. steady tok halim. insan yang banyak menyumbang kepada parti. beri duit kanan dan kiri. i lobe u tok halim. alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan; alang-alang pegang jawatan, biar sampai ditalkinkan dengan jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin....jgn lupa tulis pangkat dan sumbangan kpd orang melayu di batu nisan tu nanti

      Delete
  3. Cikgu halim banyak jasa nya..walaupun nampak mcm nak expired tp smagat beliau amat disanjung tinggi oleh masyarakat. Teruskan pjuangan. .inspirasi cikgu tetap menjadi panduan kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup-cukuplah DSH."TIMES-UP" ! ! Sebahagian daripada Perwakilan dari Cawangan beliau terang-terang tak beri undi langsung dari awal-awal lagi....bukan dipengaruhi olih sesiapa, tetapi ATAS KESEDARAN.Setakat berpantun dan berseloka tak bawa kemana pun. Teringat kisah si BANGAU !!!

      Delete

comment please.....