Konco-konco ku

Friday, November 1, 2013

PAS PENING CARI ISU CALON BN!! KOPIAH PUTIH PUN JADI ASALKAN BUKAN SPENDER PUTIH!! #BeraniHijrah

Harakahdaily.net hari ini mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi yang memakai kopiah putih sebagai meniru cara pemakaian dan kempen dari parti PAS. Laporan itu turut menekankan kopiah putih hanya sinonim dengan parti PAS.

Harakahdaily memperlekehkan calon Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan Dr. Ahmad Sohaimi Lazim tidak sepatutnya memakai kopiah berwarna putih untuk bertanding dalam PRK kawasan itu yang bakal berlangsung pada Isnin depan, 4 November 2013. Bagi Harakahdaily, hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

“Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.” Dipetik dari laporan Harakahdaily.net.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah...baca lagi di SINI.

1 comment:

  1. salam brotherhood bro
    mohon tumpang pautan di blog u bro
    tq salam perjuangan
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com

    ReplyDelete

comment please.....