Konco-konco ku

Wednesday, April 18, 2012

PENIAGA MERAYU BATAL HIMPUNAN BERSIH!! KALAU MAHU HIDUP BERNYAWA!!!


SHAH ALAM: Keluh kesah peniaga tempatan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur mula kedengaran, menjelang sepuluh hari sebelum himpunan Bersih 3.0 dijadualkan diadakan 28 April ini.

Tinjauan Mychannel13.com di sekitar Jalan Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang menjadi medan perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu juga mendapati, peniaga tempatan tidak mahu perhimpunan yang sama berulang.

Rata-rata mereka marah dengan kedegilan penganjur BERSIH yang dikatakan menjadi kuda tunggangan pembangkang demi melaksanakan impian mereka menakluk Putrajaya.

Bagi peniaga Dewi Yuswana Yusuf, sewaktu kali pertama BERSIH diadakan, beliau kerugian antara RM3,000-RM4,000 kerana ia diadakan pada hari Sabtu ketika ramai pengunjung datang untuk membeli-belah.

"Pada saya BERSIH 3.0 ni tak payahlah buat lagi sebab yang terjejasnya kamilah. Masa BERSIH 1.0 kami tak tahu, buka kedai dan kena serang, masa BERSIH 2.0 diberi amaran jadi kami tutup kedai, masa tu memang rugilah. Benda ni tak mendatangkan faedah langsung," katanya.

Turut mahu penganjur BERSIH agar tidak meneruskan niat mereka untuk berhimpun adalah Mohd Shahril Mohd yang sudah berniaga di Masjid Jamek selama 15 tahun.

"Saya rasa tak payahlah (anjurkan Bersih 3.0) kalau nak buat pun kena buat di tempat lain yang tak mengganggu tempat-tempat berniaga macam ni."

"Kalau buat sekitar kawasan ini (Masjid Jamek) memanglah menganggu orang meniaga tapi kita rugi banyak tu tidaklah. Kalau dia tak buat kacau teruk sangat, setakat berarak itu tidak ada hal."

"Memang banyak jalan ditutup jadi ramai orang tidak dapat datang ke sini."

Ramli Ibrahim yang telah berniaga selama 33 tahun menyatakan pendapat yang sama.

"Dulu (semasa Bersih 2.0) kita tak boleh meniaga (sebab) polis tak bagi masuk. Jadi polis tutup jalan semua tak boleh berniaga, kita nak meniaga macam mana kalau tak dapat masuk?"

"Sebenarnya Bersih ini tak patut buatlah, menyusahkan," katanya dengan nada kesal.

Peniaga Vanessa Tong pula menasihatkan penganjur BERSIH supaya memikirkan kesan perhimpunan itu terhadap golongan peniaga.

Ini kerana, mereka bukan sahaja akan mengalami kerugian tetapi barangan jualan juga mungkin rosak kerana terkena semburan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menyuraikan mereka yang berhimpun.

"(BERSIH 3.0) jangan buat hal, ekonomi sudah jatuh rakyat pun susah. Kalau buat macam tu lagi pelancong pun takut nak masuk (jadi) macam mana kita nak berniaga?."

"Sebenarnya memang rugi (jika BERSIH 3.0 diadakan lagi) dan kita terpaksa tutup kedai sebab kita (pernah) kena semasa BERSIH 1.0 memang sangat teruk, sebab mereka lari dan masuk kedai kami."  

BERSIH 3.0 dijadualkan pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan slogan 'Duduk Bantah'. Perhimpunan yang dianjurkan bersama oleh 84 NGO itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....