Konco-konco ku

Monday, April 30, 2012

ANWAR, AZMIN TAK AKAN MENGAKU MELIWAT SESAMA SENDIRI!!!


Sehingga kini Anwar dan Azmin masih enggan mengakui yang mereka berdua terbabit secara langsung mempengaruhi peserta demonstrasi Bersih 3.0 supaya merempuh benteng yang didirikan oleh pihak polis.

Bagaimanapun mengikut beberapa laporan keadaan sebenar sebelum berlakunya rusuhan jelas menunjukkan Anwar dan Azmin adalah dalang utama disebalik keganasan yang berlaku.

Menurut laporan MStar Online, Anwar dalam ucapannya kepada peserta demo Bersih 3.0 di Masjid Negara telah menyeru secara terbuka supaya peserta demo membebaskan Dataran Merdeka.

Manakala dari satu rakaman video di Youtube, Anwar dan Azmin dilihat berbalas isyarat diikuti dengan laungan, "masuk", "masuk" yang kemudiannya selepas itu  menyaksikan rempuhan dimulakan dan suasana perhimpunan mula menjadi kelam kabut.


Bila berlaku rusuhan dalam perhimpunan anjuran mereka tiap kali itulah Anwar dan pemimpin pembangkang akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kerapkali mereka menuding jari kononnya ada 'agen provokator' ataupun melepaskan beban kesalahan terus ke bahu pihak polis. Walhal tukang provok yang sebenarnya ialah Anwar dan Azmin.

Mahkamah telahpun mengeluarkan perintah larangan memasuki Dataran Merdeka, jadi apa perlunya untuk Anwar menghasut rakyat melanggar undang-undang?

Sebagai pemimpin politik, Anwar dan Azmin tidak wajar menunjukkan contoh yang buruk terhadap rakyat tapi jika begini sikap Anwar usahlah berharap untuk menawan hati pengundi. Undi tidak bertambah melalui perhimpunan dan rusuhan sebaliknya yang berlaku rakyat makin meluat dengan pembangkang. 

1 comment:

  1. tak macam anwar dan azmin pun. Sah penipu.

    ReplyDelete

comment please.....