Konco-konco ku

Thursday, April 26, 2012

NIK AZIZ HANYA LAYAK SEBAGAI ULAMA' POLITIK!


Menteri Besar Kelantan paling lama dalam sejarah negeri tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menjemput kontroversi apabila secara terbuka mewajibkan ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sekalipun diketahui umum demonstrasi tersebut turut membabitkan NGO pro LGBT & penyokong murtad.

Satu pendirian yang tampak jelas Nik Aziz lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian berbanding soal akidah ummah bilamana kita bandingkan dengan pendirian PAS sebelum ini yang tidak mesra dengan gerakan anti murtad.

Akhir tahun lepas PAS pernah secara terbuka menolak misi menyelamatkan akidah ummah apabila tidak berani menyatakan pendirian terbuka menyokong NGO HIMPUN (gerakan anti murtad), sedangkan isu tersebut yang menjadi asas kewujudan HIMPUN berkaitrapat dengan persoalan akidah dan denyut nadi umat.

Memburukkan lagi keadaan, pemecatan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga berkisar pada perasaan tidak senang pemimpin PAS yang melihat kesungguhan Hasan Ali menyokong HIMPUN sebagai ancaman terhadap kesepakatan PAS dengan pakatan pembangkang seperti DAP dan PKR.

Dalam mana-mana sejarah parti politik di Malaysia, hanya PAS dan PKR sahaja yang tergamak memecat pemimpin dan ahli sendiri disebabkan kesungguhan pemimpin tersebut memperjuangkan akidah umat & kesucian agama Islam.

Hasan Ali dipecat kerana begitu bersungguh memperjuangkan akidah umat daripada ancaman kemurtadan & kristianiti , manakala Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim dari PKR pula dipecat disebabkan pendiriannya yang utuh mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t.

Bila sahaja datang perhimpunan demonstrasi bermotifkan politik pembangkang, BERSIH 3.0, tanpa fikir panjang tanpa ragu terus sahaja Nik Aziz mengeluarkan fatwa wajib menyertai perhimpunan tersebut. 

Unik dan pelik. Tidak begitu?

Hakikatnya sejak sekian lama gelaran 'Tok Guru' dan pendewaan dirinya sebagai ulamak Islam yang sering diagungkan oleh penyokong PAS sebenarnya hanyalah satu propaganda politik semata-mata demi untuk memancing undi. 

Sedangkan tingkah laku dan perwatakannya jauh dari menepati sikap seorang ulamak sejati sebagai pewaris nabi.

Rasulullah s.a.w sendiripun amat menekankan kepentingan supaya umatnya berhati-hati dengan kewujudan golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan puak dan diri sendiri malah istilah ulamak su' juga turut perkatakan dalam Hadith yang menandakan pentingnya dibezakan dengan ulamak yang benar.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;
"Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Justeru itu, melihat kepada kecelaruan pendirian Nik Aziz yang gagal melihat keutamaan akidah umat dan kesucian Islam jauh lebih penting berbanding kepentingan politik PAS yang didukungnya itu, layaklah beliau dipanggil ulamak politik dan bukannya ulamak yang sebenar-benarnya ulamak.

No comments:

Post a Comment

comment please.....