Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.
“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.
Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.
Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.
Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya ia tidak mencerminkan kepercayaan orang bukan Islam, tindakan tersebut tidak mendatangkan masalah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dibuat justifikasi secara tepat kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terutama di pihak penganjur yang menganggap ia sekadar simbolik dan bukan niat mengkafirkan mereka.
“Kita tidak dapat pastikan sama ada ia mempunyai unsur agama atau tidak, dan perlu kepada ketepatan dari segi kalungan itu.
“Justifikasi tidak boleh dilakukan secara jelas tetapi kalau simbol itu tidak mencerminkan ketidakpercayaan, tidak mengapa kerana ia sekadar melahirkan sesuatu yang tidak memuaskan hati daripada rakyat,” katanya.
Oi! ulama PAS tak ada kredibiliti nak bagi nasihat hukum apatah lagi FATWA kpd masyarakat krn FATWA yg keluar dulu pun dah berubah-rubah ikut keperluan PAS. Diam sudahlah.
ReplyDelete