Konco-konco ku

Thursday, October 27, 2011

TEMPE PANAS!! BUDAYA KRISTIAN SUDAH MERESAP KE UNIVERSITI ISLAM

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM....Apa sudah jadi dengan pelajar UIA ni? Nampaknya gerakan kristianisasi sudah berjaya hingga dapat menyelinap masuk ke dalam sebuah institusi pengajian tinggi Islam Antarabangsa yang di antara terkemuka di dunia.

Berikut adalah email yang diterima oleh rakan blogger Generasi Pejuang Bangsa daripada salah seorang penjaga yang mana anaknya ada belajar di UIA berkenaan.

"Pakcik berasa amat  sedih sekali bila lihat tindakan  pelajar dalam  video demo terbabit ... cukup memalukan  sebagai  sebuah Universiti Islam   tapi pelajar-pelajarnya telah  membawa  budaya Kristian dengan menyalakan lilin ketika berdemo seperti upacara  candlelight vigil. 


Dalam agama Islam sendiri  pun tidak pernah dilarang   melalukan perbuatan sedemikian . Sewajarnya pihak universiti menghalang demontrasi ini " 


Nama Universiti Islam yang dahulunya cukup gah dimata dunia kini sudah berubah wajah dek kerana hasutan beberapa proksi-proksi kristian yang bertebaran di kalangan pakatan haram. Malu, malu sungguh memalukan memandangkan universiti Islam di bawah pentadbiran kerajaan Islam. Candle light vigil memang ketara sungguh yang mereka mengikut tradisi agama kristian.


Inilah akibatnya jika terlalu mengikut telunjuk orang. Memang pakatan haram sudah sedikit demi sedikit menyuntik jarum dajal ke tempat-tempat agama Islam berkembang supaya agama Islam tidak dapat dikembangkan lagi. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya. Adakah sudah tiada cara lain selain dari berdemo sambil memegang lilin menyatakan protes. Tahukah kalian hukum mengikut perbuatan yang kalian lakukan ini. Kita sepatutnya merasa selamat kerana masih bernaung dibawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Agong yakni Sultan dan Ketua Agama Islam di Malaysia. Jangan hingga Malaysia ini tergadai baru kalian hendak meraung dan menangis. Fikir sebaiknya.

Sabda nabi Saw:

الحلال بين ، والحرام بين ، وبينهما أمور مشتبهات ، لا يعلمها كثير من الناس ،

Maksudnya: Halal itu nyata dan haram itu nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. - Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....