Konco-konco ku

Monday, October 31, 2011

AAHHH!!!! BIARLAH PAKATAN AMBIL PUTRAJAYA

Memang agak panas hari ini jika kita baca dan perhati para bloggers mesra kerajaan BN. Seorang demi seorang nampaknya mahu mengundurkan diri dari penulisan blog dan ada yang mahu mengambil cuti panjang kerana sebab-sebab dalam parti sendiri. Blogger-blogger mesra kerajaan memang sudah ada yang makan hati lama dengan kepimpinan Barisan Nasional yang tidak menghiraukan luahan hati rakyat. Bukan Yong nak sokong pembangkang atau berpaling ke pakatan yang semakin kucar kacir, tetapi jangan disebabkan kempimpinan yang hipokrit semua pucuk pimpinan parti akan terkena tempiasnya.

Terus terang Yong katakan yang Yong bukanlah siapa-siapa di dalam parti bahagian mahupun cawangan. Tiada jawatan dan tidak mengharapkan jawatan dari mana-mana. Yong sebagai anak muda agak terkilan juga sebenarnya dengan beberapa keputusan kerajaan yang tidak menghiraukan langsung hati dan perasaan anak muda yang hanya mahukan kehidupan yang selesa dan terjamin dengan peluang pekerjaan di Malaysia. Telah banyak posting-posting yang Yong tulis berkenaan dengan harapan anak muda khususnya graduan lepasan ipt. Mana nak cari kerja lagi, mana nak bayar hutang PTPTN lagi, tu belum lagi yang mahu berkahwin. Yong tidak salahkan kerajaan sepenuhnya, mungkin kami graduan menganggur yang tidak ada rezeki lagi untuk mendapat pekerjaan yang sesuai. Its ok PM. We don't blame you at all.

Mungkin ada yang sudah kenal Yong, dan mungkin ramai lagi yang tertanya siapa Yong di alam maya ini. Tak kisah lah. Yong bukan nak cari glamour untuk jadi YB. Yong tahu PRU13 tidak lama sahaja lagi oleh itu berduyun-duyunlah pemimpin-pemimpin tempatan mula mencari tentera sendiri untuk menjatuhkan satu sama lain. Sudahlah. Jangan ditanya siapa 'winable candidate'. Bahagian Yong sendiri dah serabut dengan macam-macam hal. Bukan Yong tak pernah diugut oleh pihak luar mahupun pihak dalam sendiri. Kecewa memang kecewa tetapi biarlah ia berlalu ditiup angin lalu. Itu semua sudah menjadi asam garam dalam perjuangan maya ini.

Pemimpin sekarang sibuk menjaja cerita masing-masing untuk menjadi calon pilihan PM. Bukan tak boleh mempromosikan diri atau berkempen tika saat-saat genting begini tetapi jangan lah pula lupa yang selama ini yang tidak pernah nampak muka turun padang jumpa pengundi-pengundi tempatan namun dengan muka agak kurang malu sekarang jenuh berkempen ke hulu hilir, penuh lah poster-poster muka, di jajanya segala amal bakti yang tidak ikhlas dan bermacam-macam lagi strategi busuk yang digunakan demi meraih simpati politik. Sekarang terpulanglah kepada akal fikiran masing-masing untuk menilai. Yong bukanlah ahli mana-mana parti yang berdaftar dan blog ini bukanlah ditaja oleh mana-mana pihak dan yang paling penting Yong tidak dapat bayaran se sen pun dari mana-mana pihak seperti yang digembar gemburkan oleh fuckatan haram.

Yong cuma berharap yang pemimpin atasan mana-mana parti politik berusahalah untuk penuhi janji masing-masing. Sekarang bukan zaman demonstrasi jalanan, sekarang zaman teknologi dan pengundi muda lebih ramai. Tidak mustahil yang suatu hari nanti berduyun-duyun anak muda Malaysia akan berhijrah ke luar negara untuk bekerja kerana tahap ekonomi di Malaysia sangat-sangatlah teruk untuk kami. Kami mahukan pekerjaan yang terjamin dengan gaji yang setimpal. Janganlah pandang sayu akan jiwa anak muda ini. Kami tidak mengharap apa-apa. Tetapi yang penting selagi umur persaraan 60tahun maka akan berduyunlah graduan lepasan ipt yang akan menganggur dan terkontang kanting mencari hala tuju masa hadapan yang kelam. Sekian.

4 comments:

  1. Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang benar dan sabar.

    ReplyDelete
  2. ada sebahagian yg ko tulis aku setuju tapi aku nak kongsi melalui pengalaman dan sehingga hari ini aku masih amalkan dan menjadi peringatan utk diri aku sendiri bahawa HIDUP INI PENUH DGN DUGAAN...dan itulah punca dan sbb yg menjadikan kita dewasa dan matang....FIKIRKAN.

    ReplyDelete
  3. erm..mcm kecewa tak dpt keje jer..jadi usahawan la. byk sgt org pandai berkelulusan tinggi, klu harap mkn gaji memang tak bolehla. create ur own job..entrepeneur ok gak, lebih lumayan!keluar dari kepompong pemikiran yg asyik harapkan bantuan gomen.

    ReplyDelete
  4. Bersara umur 60 thn, bukan paksaan. Lebih kpd utk mengekalkan golongan pakar dlm sesuatu bidang atau subject matter officer. Tujuannya utk mengajar pegawai junior dan menjadi pakar rujuk sblm sesorg pegawai itu bersara. skim tebaru ini tidak menghalang peluang graduan utk menjadi penjawat awam.akan ada intake baru setiap thn utk mengisi kekosongan jawatan yg ada.usah gusar usah risau, yg sign bersara 60 thn sebenarnya boleh bersara bila2 masa (exit policy) dan ketua jabatan boleh mengesyorkan pegawai utk bersara sekiranya tidak lagi kompeten (prestasi kerja menurun).

    ReplyDelete

comment please.....