Konco-konco ku

Saturday, October 8, 2011

SEDIKIT KUPASAN BAJET 2012 - WAK DOB

Salam 1 Malaysia. Bukanlah niat hati hendak membidas segala bajet yang telah ditetapkan oleh PM kita petang tadi. Banyak kebanyakan dari keburukan. Bagus PM membentangkan bajet yang lebih kearah rakyat. Ada juga sedikit bajet untuk ahli parlimen. Beruntunglah orang-orang gomen sekarang ni. Elaun naik, pencen naik, dan yang penting umur persaraan ke 60tahun menjadi realiti. Maka akan menganggur lagilah graduan lepasan ipt yang semakin lama semakin ramai. Jangan disalahkan budak-budak ni kenapa tak dapat kerja gomen. Bukanlah memilih kerja jika semua company mengenakan syarat 3 tahun dan keatas pengalaman jika hendak berkerja dengan swasta. Adakah graduan ipt ini semua sanggup kerja jadi kerani selama bertahun-tahun seperti Yong?

Kajian terperinci perlu dijalankan. Bajet sudah dibentang, tinggal tunggu pelaksanaan sahaja. Untung budak-budak zaman sekarang dibawah pimpinan Najib. Yuran sekolah free, dok belajar kat ipt dapat lagi duit beli buku. Teringat Yong dulu (tak ada la dulu sangat) tolak satu subjek spm sebab tak cukup duit nak bayar yuran spm. Mak bapak kerja petani je tak berapa mampu. Sekarang semua dah senang. PM siap bagi duit lagi beli buku. Dulu time kat ipt terpaksa jual buku semester yang lepas sebab nak beli buku baru. PTPTN memang tak cukup sebab simpan duit untuk projek final semester. Lepas kalau ade budak-budak tak nak sekolah lagi Yong tak tahulah. Terima kasih PM Najib.

SAYANGI SELANGOR
YAKINI BN

p/s: Wak Dob cadangkan supaya mana-mana ahli parlimen yang selalu ponteng, potong je elaun mereka.hehe

1 comment:

comment please.....