Konco-konco ku

Wednesday, October 5, 2011

BELIA BANTAH UMUR BERSARA 60 TAHUN.


 Sebelum Yong memulakan bicara maaflah andai terkasar bahasa. Apabila setiap kali timbulnya isu umur persaraan, tiap kali itulah Yong sebagai salah seorang anak muda akan panas hati. Jika dahulu umur persaraan pada 56 tahun Yong boleh terima lagi memandangkan umur 56 masih lagi relevan pada masa itu. Tetapi jika kita lihat pada masa sekarang ia sudah tidak relevan dengan kebanjiran graduan-graduan yang menganggur dan kerja yang tidak sesuai dengan kelulusan masing-masing. Bukan hendak mendabik dada bermegah diri keluaran universiti. Bukanlah Yong tak bekerja sehingga sanggup melutut memohon kerja. Yong mewakili anak muda lepasan universiti memohon jasa baik PM supaya mengabaikan tuntutan yang tidak munasabah.

Golongan-golongan atasan sepatutnya memikirkan anak-anak muda yang baru habis belajar ni. Fikirkanlah anak-anak mereka yang berhempas pulas mendapat segulung ijazah semata-mata untuk mendapat pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan. Atas dasar undi jangan lupa bahawa zaman sekarang, pengundi muda lebih ramai dari pengundi berumur. Tidak mustahil jika PRU13 nanti BN akan mengalami gelombang yang tidak sepatutnya dek kerana kehendak melampau dari kakitangan awam.

Yong menulis bukanlah hendak menjatuhkan pemimpin kerajaan tetapi sebagai peringatan dan suara-suara kecil anak muda yang mahukan perhatian kerajaan. Jika pesara kerajaan dilanjutkan ke umur 60tahun, dan beribu-ribu graduan lepasan universiti yang masih tidak mendapat pekerjaan, bilakah mereka akan dapat peluang dalam menimba pengalaman. Dengan syarat-syarat ketat keatas pengambilan pekerja sekarang ini dengan majikan mahukan pengalaman paling kurang 3tahun dalam bidang yang diikuti sedangkan graduan lulusan bidang terbabit hanya bekerja sebagai kerani am selama tiga tahun masih tidak dapat memenuhi syarat yang dikenakan. Jadi mengapa perlu kerajaan beriya-iya menyuruh anak-anak muda belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat yang tertinggi sedangkan kerajaan sendiri tidak mampu menempatkan graduan-graduan ini dapat jabatan-jabatan mereka. Maka tidak terjamin lagi lah nasib belia remaja ini. Maka tidak mustahil lah graduan yang mempunyai ijazah akan menjual dadah sehingga dihukum gantung.

Mengapa tidak kerja di syarikat swasta? Ini jawapan Yong. Kerja swasta memang boleh kaya cepat dengan gaji yang agak tinggi dari kerajaan tetapi adakah kerajaan akan mengambil berat akan segala penindasan yang dilakukan oleh majikan swasta ini. Tentu sekali kerajaan tidak ada hak dalam menentukan segala tindakan syarikat. Penindasan demi penindasan yang diterima oleh graduan akan menyebabkan graduan ini bertukar tempat kerja maka tiadalah pengalaman selama 3tahun yang disyaratkan oleh kerajaan. Itu belum lagi yang tidak mendapat bayaran langsung dan lewat bayaran gaji oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. 

Jangan fikirkan hanya dari sebelah pihak sahaja wahai yang berhormat sekalian. Perlu juga mengambil kira keresahan anak-anak muda. Sampai bila pekerja-pekerja yang berumur hendak berkhidmat. Banyak lagi yang Yong hendak ceritakan sebenarnya tetapi biarlah dahulu setakat ini. Jika timbul lagi Yong adalah orang pertama yang membantah cadangan ini sehingga cadangan ini ditutup. Umur 55 sudah cukup relevan untuk bersara bagi orang gomen ni.


3 comments:

  1. pihak kerajaan perlu utamakan dahulu belia-belia yang ingin memulakan kehidupan, kalau pegawai2 tinggi yang dah berumur tuh, lebih membawa bebanan dari segi kewangan kerajaan, maklumlah gaji dah beriban-riban... extend pula 5-6 tahun...

    sokong yong agar kerajaan meneliti perkara ini.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kebanyakan kakitangan kerajaan terutamanya wanita tak setuju pun umur persaraan 60 tahun... cuma orang kat cuepacs jer yang lebih-lebih.....

    ReplyDelete
  3. nak samakan negara iklim sejuk dgn negara iklim panas mengikut umur seseorang manusia tu...tentu la cergas manusia di iklim sejuk berbandingkan orang di iklim panas..tak sesuai langsung umur persaraan sampai 60 tahun..nak tanam sikap tamak haloba ke apa nie..ataupn ikut saranan pehak bank.agaknya.. utk tingkatkan loan boleh pinjam banyak2

    ReplyDelete

comment please.....