Timbalan Mursyidul Am PAS, Prof. Datuk Dr. Haron Din mahu kesemua Pemimpin PAS yang didakwa Pro Sekular agar menghentikan serta merta niat 'baik' mereka untuk meliberalkan dakwah Islam PAS. Liberalisasi yang dibawa puak berhaluan kiri PAS ini dilihat semakin mencemar imej dan maruah Parti tersebut dengan mengambil sikap keterbukaan yang melampau sehinggakan Perjuagan parti sendiri dipijak parti kawan makan lawan.
Penentangan keras beberapa Pemimpin PAS terhadap Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) misalannya adalah 1 pendirian yang terpesong dari perjuangan parti yang sememangnya mahu akidah diletakkan sebagai landasan utama dalam perjuangan parti.
"Tidak salah jika tidak mahu hadir ke Perjuangan itu. Akan tetapi menentang HIMPUN pada tahap yang melampau adalah salah kerana jelas matlamat utama HIMPUN adalah bagi mempertahankan kekuatan akidah ummah. Perkara ini mesti diperbetulkan kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah penyokong2 Parti. Dalah erti kata lain, tidak seharusnya pihak mereka ini berkempen memboikot Perhimpunan sedemikian."
Itu dakwa salah seorang anak murid Haron Din yang turut menjelaskan Pengasas Darul Syifa' itu turut kecewa dengan tindakan Pemimpin2 tersebut. Beliau merujuk tindakan Khalid Samad yang bersikap melampaui batasan kuasa politik sehinggakan menafikan dakwah yang membawa kebaikan kepada umat Islam.
"Jangan pula disebabkan HIMPUN turut disertai Kumpulan yang tidak seteru dengan PAS, kita terus beranggapan HIMPUN 1 program yang tidak sihat. Yang salah kita kritik. Yang benar kita sokong dan pertahankan. Tidak kira ianya berkaitan ideologi politik ataupun sebaliknya. HIMPUN telah terbukti tidak menyebabkan berlakunya kekacauan malah berakhir dengan baik. Ini bermakna persepsi puak2 ini ternyata salah dan PAS sewajarnya tidak punyai masalah untuk turut bersama dalam Perhimpunan tersebut di masa akan datang."
Menurut beliau yang juga bergiat aktif di dalam PAS Kawasan, puak2 Pro Sekular di dalam PAS dilihat terlalu menjaga kepentingan kerjasama Pakatan sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Parti. Bagi beliau, kerjasama Pakatan tidak salah malah 1 strategi positif, namun dalam mengutarakan isu berkenaan Prinsip Perjuangan Islam, ianya tiada tolak ansur dan ketegasan mesti digunakan bagi memperlihatkan ketelusan dan konsisten dalam PAS. Haron Din juga katanya amat khuatif dengan perkembangan mutakhir politik dalaman Parti yang semakin berkecamuk dan tidak terkawal dalam mengejar kuasa mengatasi rujukan Piagam PAS.
Khalid Samad sebelum ini dikatakan bakal mengepalai desakan agar seteru beliau di dalam PAS, Dr. Hasan Ali diambil tindakan oleh Jawankuasa Tertinggi Pakatan atas tindakan beliau menyertai HIMPUN yang menunjukkan rasa tidak hormat dengan pendirian Gabungan tersebut.
Sumber: GERAKAN TIMUR
******************************************
Yong bukanlah kenal sangat dengan Dr. Harun Din ni tapi Yong amat mengagumi beliau lebih dari Nik Aziz. Bercakap bila perlu. Itulah Dr. Harun Din. Beliau pernah juga datang singgah ke Sungai Besar satu tika dulu. Memang arif tentang mengubati orang dari benda-benda halus yang kita tidak nampak dari mata kasar. Sedikit mukaddimah untuk Timbalan Mursyidul Am PAS ini.
Namun dek kerana kebodohan beberapa pemimpin PAS yang begitu beriya-iya mendokong perjuangan DAP dan PKR yang sudah jauh terpesong jadi tidak mustahil yang PAS juga akan terpesong walau ada tokoh-tokoh hebat seperti Dr. Harun Din dan Dr. Hassan Ali. Selamatkanlah umat Islam-Melayu di Malaysia dari kesesatan Pakatan Haram.
secara peribadi , saya lebih hormat dan percaya kepada Datuk DrHarun Din seribu kali berbanding Nik Aziz atau Hadi !!
ReplyDeletesaya percaya dan sanjung 2-2
ReplyDelete