Konco-konco ku

Monday, February 10, 2014

WAYTHA MOORTHY LETAK SEMUA JAWATAN KERAJAAN!!

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang juga pemimpin HINDRAF bakal meletakkan semua jawatan di dalam kerajaan persekutuan berkuatkuasa hari ini, 10 Februari 2014.

Ini kerana dakwaan beliau yang mengatakan Najib Razak selaku Perdana Menteri tidak mengotakan janji terhadap masalah yang membelenggu masyarakat India tentang kemiskinan di negara ini. Setelah mesyuarata bersama pimpinan Hindraf pada minggu lalu, Waytha Moorthy bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri serta Senator dan surat perletakan jawatan juga telah diserahkan kepada PM namun masih belum mendapat jawapan.

Inilah rentetan kepercayaan yang diberikan kepada Najib terhadap pemimpin pembangkang.

Ketam tak dapat mengajar anaknya berjalan lurus.

Sejarah telah mengajar kita tentang keruntuhan empayar agong Melaka kerana orang kepercayaan pemerintah.

Bukan hendak bersikap skeptikal namun itulah hakikat sebenarnya. PM Najib terlalu percaya dengan orang yang berada di luar parti lebih daripada orang dalam parti sendiri.

Senang nak jadi pembesar negara sekarang ini apabila dibawah pentadbiran Najib Razak. Bakar bendera, laung kutuk kerajaan, bersekongkol dengan pembangkang bernama Anwar, terus dilantik pembesar negara.

Waytha Moorthy salah seorangnya. Beberapa nama lain yang turut menjadi pencatur politik BN yang juga BEKAS penyokong pembangkang dahulu mendapat nikmat berterusan hasil daripada pemberian kerajaan yang pernah mereka hina dan kutuk dahulu. Ya! Mereka sudah bertaubat.

Nallakarupan, rakan karib Anwar diberi Senator, diberi pingat namun hingga kini tidak mendedahkan RAHSIA BESAR bekas rakan karibnya itu. 

Ezam Md Noor, bekas Ketua AMK yang dikatakan punyai 10 kotak terkandung rahsia Anwar hingga kini senyap membisu.

Lokman Adam, bekas Ketua AMK Johor yang pernah membakar dan mengencing bendera UMNO dilantik dalam jabatan strategik politik UMNO. Kerjanya buat amal dengan mengelilingi dunia bersama geng motor besarnya.

Secara terangnya. APA YANG MEREKA BUAT UNTUK MENJATUHKAN ANWAR??

NOTHING!!!!!!!

2 comments:

  1. Tak ada ape2 pun yang berkesan. Semuanya senyap membisu. Hanya Datuk Nalla je ada bising2 sikit.

    ReplyDelete
  2. Morthy cuma layak jadi pembangkang atau tukang karut. aneh kenapa PM Najib pilih dia jadi tim. menteri dan senator, macam dah tak ada yg layak ditabalkan. buat baik berpada-pada lah, najib tak pernah dengar bidalan ini gamaknya.

    bagus lah morthy serah jawatan, yg lain bolih dinaikan.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...