Konco-konco ku

Monday, February 24, 2014

CHEW MEI FUN HANYA KAMBING HITAM UMNO - ZURAIDA

KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamarudin semalam berkata bahawa calon BN bagi Kajang hanyalah sekadar menjadi kambing hitam kepada UMNO bagi menutup malu parti tersebut apabila kalah kepada Anwar kelak.

Chew Mei Fun dalam satu kenyataan lain berang dengan kenyataan Zuraida yang umpama memperkecilkan kemampuan beliau dalam menghadapi PRK Kajang.

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu. 

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa. 

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita. "Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini. 

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu. 

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. 


Posted via Blogaway

2 comments:

  1. Kerusi adun kajang secara tradisi adalah milik mca suka hatilah pucuk pimpinan parti nak letak calun mereka apa kena mengena dgn umno. Sepatutnya BN tidak perlu meletakkan calun mereka kerana pilihanraya itu tidak bermoral kerana calun yg menang dahulu membohongi pengundi meletak jawatan ikur suka hati dia saja

    ReplyDelete
  2. Kalah menang bukan penghalang. Maruah perlu dipertahankan. Jgn takbur. . .

    ReplyDelete

comment please.....