Konco-konco ku

Tuesday, February 11, 2014

PRK N25 KAJANG: BN SEPI MENGENANG NASIB! #PRKKAJANG

HARI ini 11 Februari 2014, genap sebulan lagi 11 Mac 2014 adalah penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding bagi merebut kerusi N24 Kajang yang menampilkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal dari pakatan agar cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor tercapai.

Sejak dari awal selepas pengunduran atau perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh lagi Anwar berserta barisan jenteranya telah bergerak bagi berkempen di kawasan Dun Kajang dengan pelbagai program pendekatan rakyat Kajang tidak kiralah ceramahnya mahupun lawatan rumah ke rumah oleh jenteranya yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim selepas berjaya mengenepikan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Dikhabarkan yang Barisan Nasional juga mahu meletakkan calonnya sendiri yang hingga sekarang masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti sama ada mahu meletakkan calon dari parti komponen MCA mahupun dari UMNO sendiri. Itu bergantung kepada Najib Razak.

Namun angin yang kuat kedengaran bahawa BN pasti akan meletakkan calon mereka namun sedikit kecewa apabila hingga ke hari ini, jentera daripada Barisan Nasional masih belum menampakkan diri mendekati rakyat.

Hanya kelibat barisan tertinggi pemimpin BN yang telah mengadakan taklimat jentera BN di Kajang tempohari dan selepas itu kembali sepi. Adakah BN masih lagi berkira-kira mahu meletakkan calon?

Sedangkan BN tahu yang kerusi Kajang memang tidak akan dimenangi oleh mereka, bahkan jika BN menang kerusi Kajang sekalipun ianya tidak merubah apa-apa keputusan sekalipun. Jika PKR menang sekalipun, Anwar sudah menempah tiket sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selepas mereka menang.

Cuma tertanya-tanya, berbaloikah BN meletakkan calon mereka sedangkan umum sudah mengetahui yang mereka pasti akan kalah. Ya! Kurangkan majoriti, namun berapa banyak pula duit kempen yang digunakan semata-mata mahu mengurangkan majoriti undi penduduk Kajang?

Lebih afdhal BN selesaikan dahulu masalah kenaikan harga barang, masalah infrastruktur, masalah pembinaan MRT, masalah kesesakan sebelum bercita-cita membazirkan lebih banyak wang ke arah mengurangkan majoriti undi Anwar Ibrahim.

Tidak perlu dilayan 'anjing Israel' ini semata-mata mahu mengalihkan tumpuan rakyat kepada keputusan mahkamah dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat ini. Inilah kelebihan Anwar. Selagi hidup, selagi itu akan menyusahkan rakyat Malaysia.

4 comments:

  1. Kenapa mahu menyerah sebelang berperang. Buat strategi yang betul. Kita merancang Allah yang menentukan. Apakah DS Anwar pasti akan menang? mungkin pandangan umum dan ramai begitu. Tetapi siapalah tahu kemungkinan rakyat memandang pada DS Anwar dari sikap atau pandangan berbeza. Cuba perhatikan sejarah DS Anwar hanya selangkah menjadi perdana menteri tahu-tahu Pak Lah yang jadi. Apakah ini tidak mungkin berlaku.

    Ibarat kita memancing ikan, bila ikan tersangkut di mata kail adakah kita terus rentap atau dilayan sehingga ikan itu akhirnya tidak berdaya dan menyerah.

    Rancangan Allah hanya Allah yang tahu. Mungkin DS Anwar telah di beri peringatan oleh Allah supaya bertaubat, tetapi masih belum sadar. Tahu-tahu di PRK kajang ini tewas dengan jumlah yang besar. Apakah ini tidak boleh berlaku? Apakah hari-hari itu tetap hari minggu yang tidak berubah. Allah Maha Besar kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan.

    Fikir-fikirlah.......

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. bn 'wajib' letak calon walau terpaksa mengeluar belanja..lawan tetap lawan..akan ada lagi prk kalau semua bagi menang percuma..cuma undang2 perly dipinda elak letak jawatan tanpa sebab munasabah..

    ReplyDelete
  3. UMNO/BN nak lawan tak salah tapi bawalah isu untuk kepentingan rakyat buka isu sex, lucah perkauman. Ingat rakyat dahagakan pembangunan yang berpehak kepada rakyat bukan berpehak kepada pemimpin umno/bn dan kroni yang sedang dilakukan oleh kerajaan bn sekarang ini yang hanya menyeksa rakyat. Rakyat bukan bodoh seperti pengikut umno/bn. Sudah hampir 60 tahun bn memerentah rakyat terseksa haya orang umno/bn saja yang menekmati kemewahan. Jangan salah rakyat kerana benci umno/bn tapi hendaklah salah umno/bn sendiriyang telah banyak menipu , menzalimi, merampas hak rakyat

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...