Konco-konco ku

Tuesday, February 18, 2014

FITNAH ADUN PAS TENTANG PESAWAT TERHEMPAS! PENGIKUT PAS MULA SANGSI!!

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.

Adakah sebegini teruk mentaliti seorang pemimpin PAS yang dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka. Fitnah memang tidak dapat dipisahkan dari PAS dan pakatan. 

Tidak dapat memfitnah pemimpin UMNO, fitnah Air Asia pun jadilah.

Umpama sudah menjadi barah dalam setiap percakapan pemimpin pakatan pasti ada fitnah.

4 comments:

  1. Fitnah dan kejian dah jadi makanan harian....tanpa fitnah,minda mereka akan kebulur

    ReplyDelete
  2. Apa lah nak jadi dengan pemimpin2 PAS ni. Agaknya otak2 mereka ni dah di rasuk syaitan kot. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. Kalau yg ni dia boleh tipu. Apa lagi yg di mampu tipu.

    ReplyDelete
  4. PAS adalah agama yg syumul. Setiap ahlul PAS adalah ulama dan pewaris nabi termasuklah Mat Sabu 121 & Stopa Spenda & ADUN Batu Buruk tidak terkecuali. Setiap apa yang keluar dari mulut mereka adalah wahyu dari Allah. Maka apabila dia cakap Air Asia terhempas maka wajiblah kita percaya tanpa sebarang keraguan dan menghangguk-hangguk kepala sepenuh daya. Mereka yang ragu-ragu akan dihumban terus kedalam Neraka.

    Harap Maklum.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...