Konco-konco ku

Wednesday, January 29, 2014

SIAPAKAH BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU?? #PKRkacaubilau

BERMULA dengan pertelingkahan yang berlaku antara Khalid-Azmin yang telah berlangsung cukup lama sejak menangnya mereka merampas Selangor pada 2008. Maka spekulasi tertentu telah dimainkan kononnya PKR Selangor tidak berpecah dan akan terus berganding bahu bersama-sama.

Menjelang kemenangan penggal kedua PKR Selangor, tiba-tiba Khalid memecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang sekligus memanaskan lagi suasana Selangor. Akhirnya kerana jambu kesayangan Anwar ini mengadu, Anwar terpaksa masuk campur.

Diarahkannya Adun Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan kerusi tersebut supaya dapat diduduki oleh Anwar yang berhijrah dari Penang ke Selangor demi menyelamatkan karier politik Azmin yang kerap ditekan oleh Khalid.

Mungkinkah Khalid akan letak jawatan sebagai MB dan diberikan kepada Anwar? Ataupun Anwar akan memberikan jawatan MB kepada Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor?

Teka-teki yang masih belum dapat dirungkai. 

Yang pasti jika Khalid melepaskan jawatan sebagai MB, PAS sudah mula mencongak sendiri untuk meletakkan Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru dilantik, Iskandar Samad untuk menduduki tampuk pemerintahan negeri ini.

Memandangkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS lebih banyak dari PKR, jadi tidak mustahil atas perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor akan diberikan kepada PAS.

Elok juga bagi PAS, kerana bagi aku sendiri sebagai seorang rakyat Selangor PAS lebih istiqamah dalam perjuangan dan pembelaan rakyat Selangor berbanding PKR yang tidak pernah habis dengan masalah kepimpinan serta masalah dalaman parti sendiri.

Namun yang pasti, ada satu game besar yang cuba dirancag oleh Anwar. Mungkin juga Anwar akan tarik diri daripada PRK ini selepas SPR mengumumkan kekosongan kerusi Dun Kajang. Mungkin juga ini hanyalah satu strategi bagi menyingkirkan Khalid selama-lamanya.

Nilaikanlah.....

2 comments:

  1. Letakkan calon bebas NGO yang pro kerajaan untuk melawan Anuar ini .. kerajaan takkan rugi kalau kalah..

    ReplyDelete
  2. bn x prlu letak calon mca, mrk cine xleh diprcayai sarankan ngo spt JATI, KITA, PERKASA letak calon jika UMNO susah nk menang, rakyat ada pilihan jikapun mrk x mahu umno atau nuar brahem

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...