Konco-konco ku

Wednesday, January 8, 2014

KONTROVERSI PERLANTIKAN TIGA PEGAWAI KANAN BUKAN MELAYU DI FELDA GLOBAL VENTURE!!!

SEJAK beberapa hari ini heboh diperkatakan tentang perlantikan tiga orang bukan Melayu dalam pengurusan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang turut membuatkan rakyat Malaysia marah kerana bagaimana sebuah syarikat yang mempunyai pemegang saham terbesarnya adalah Melayu tapi diurus oleh bukan Melayu.

Menyelusuri laman-laman sesawang pagi ini, aku tertarik dengan tulisan dari sebuah blog yang turut memberi penjelasan terperinci berkenaan isu ini.

Jom kita baca............


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik ketua pengurusan yang baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2014, dalam usaha mengukuhkan dan menyepadukan syarikat untuk mengharungi tahun akan datang dan melepasinya.

Namun perlantikan tersebut telah dijadikan isu perkauman apabila FGV dikatakan melantik tiga orang pengurusan kanan bukan Melayu kedalam syarikat tersebut.

Untuk penjelasan, mereka yang dilatik itu adalah orang lama dalam Felda yang berpengalaman dalam pengurusan Felda dan profesional.

Soh Kim Yaw, Naib Presiden FGVPM, 51 telah berkhidmat dengan Felda sejak tahun 1986 dan kini tempoh perkhidmatan beliau telah mencecah 27 tahun 6 bulan dan jawatan terakhir beliau sebelum dinaikkan pangkat ialah Penasihat FGVPMbertaraf Pengarah Eksekutif / Naib Presiden.

Denys Colin Munang, 45,  Naib Presiden dan CEO Kumpulan Pontian United Plantations Bhd pula telah 3 tahun berkhidmat dengan FGV bermula di Jabatan Strategi dan jawatan terakhir sebelum dinaikkan pangkat ialah Pemangku Naib Presiden FGVHSB di Jabatan Strategi. Beliau adalah Bumiputera Sabah beragama Islam.

Daniel Lee V'nn Ckh'ng, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Maklumat FGV, 43, pula baru 9 bulan berkhidmat dengan FGV dan jawatan terakhir beliau ialah IT Director Latimas Sdn. Bhd.

Jelas perlantikan mereka ini adalah atas dasar kelayakan dan profesional bagi membantu menaiktaraf pengurusan Felda ke arah yang...baca lagi di SINI.

1 comment:

  1. Najib dan Isa memang manusia cilaka .......kau orang akan menerima musibah dan hukuman Allah

    ReplyDelete

comment please.....