Konco-konco ku

Monday, January 27, 2014

KRISIS MAKANAN DUNIA!! KENAPA NAJIB PERLU MELOMPAT??

Stockpile Sayur Sayuran dan Seafood. FAMA DAN NEKMAT MULA BERGERAK. WELL DONE SIRS, Its about time... Sesuatu yg amat diperlukan.

Saya terfikir mungkin Malaysia memerlukan sesuatu krisis baru kite menggelabah dan mahu bergerak. Pengumuman PM utk membentuk gerakan bersama dgn Kem. Pertaniaan, mengerakkan FAMA dan Nekmat adalah amat baik. Jgn tunggu2 lagi. Masuk je dlm pasaran dan jangan menoleh kebelakang. Nak puaskan hati semua org memang mustahil.

Pada tinjauan saya petani atau nelayan selama ini hidup atas ikhsan cartel atau org tengah adalah kerana kurangnya alat kelengkapan. Kite tidak mempunyai 'storage areas' yg besar. Storage2 terutama 'freezers' ini kosnya besar dan itu kelemahan kita. 

Saya melihat kenyataan utk membuat storage2 dan membina stockfile adalah amat baik. Walaubagaimanapun pegawai2 FAMA perlu berfikir macam org business. Cari kelemahan cartel yg lintah darat ini. Kaji modus operandi mereka. Potong terus "supply chain" terus ke peniaga samada kecil2an di pasar2 atau terus ke hypermarket.

Sedikit teguran utk FAMA selama ini hanya memilih hasil yg kelas A supaya senang dijual, itu menyebabkan petani marah. Persoalan saya utk FAMA, jgn ambil jln mudah. Bukan semua rakyat nak beli yg kelas A. Kaji macam mana cartel2 ini masih dapat menjadi lintah darat dan gemuk walaupun membeli hasil yg biasa2 saja dan bukanya kelas A. Mentaliti pegawai FAMA perlu ubah. Ini masanya utk tolong rakyat, petani dan pembeli. Teguran ikhlas.

Saya membaca banyak komen negatif pasal usaha kerajaan ini, terutama usaha membina stockpiles. Yeap, memang adanya risiko. Tapi kerajaan mesti berani utk terus mencampuri secara langsung perniagaan org2 tengah. Jangan gunakan stockpile itu utk 'stop gap' measures atau pendekatan secara jangka pendek, risiko adalah lebih tinggi.

Tetapi kalu FAMA dan Nekmat secara besar2an mencampuri terus pasaran, tidak ade isu barangan tidak dapat dijual. Selagi kerajaan boleh menjual dgn harga yg baik, saya tak nampak isu disini. Kerajaan tidak memerlukan untung sebagaimana keuntungan org tengah. So apa masalahnya menjual pada harga yg lebih rendah. Yg lebih penting adalah pegawai2 kerajaan perlu berfikir sebagai good businessmen.

Utk storage areas termasuk freezers, ini amat perlu utk perniagaan ini. Tapi seperti yg saya cakap tadi, bukannya utk jangkamasa sementara, tapi secara berterusan dan jangka masa yg panjang, barulah "return on investment" berbaloi.

Utk barangan atau sayuran2 yg kite bukan pengeluar yg besar. Ini juga perlu diberikan perhatian. Kenapa tidak kita yg memonopoli tanaman ini. Kenapa perlu penanam Cina di Cameron Highlands saja yg menentukan harga. We are the Governmentvof the Day... pls be creative....

Terus terang saya katakan, dalam banyak perancangan yg saya dengar selama ini, perancangan ini yg paling saya minati. Saya guna perkataan 'perancangan', sebab saya masih mahu melihatksn hasil. Dan utk hasil yg baik, kita terutama perlaksana termasuk menteri dan pegawai mesti berfikiran lebih terbuka, berfikir seperti seorang peniaga. Jika tidak, 'perancangan' hanya akan tinggal perancangan.

Well done Sirs... good luck. RAKYAT ARE WATCHING... AND DEFINATELY I AM FOLLOWING WITH GREAT INTEREST...

-CuitOrgKayaHajiMenulis....

‎Ex-Regional Finance Advisor, 
Capital Projects (EAST),
Shell Malaysia

2 comments:

  1. mana pulak...

    sayuran yang kelas A ni kebanyakannya dieksport ke Singapork. Yang buat untung adalah orang tengah. Beli dari pekebun RM1, jual di Singapura USD1 (RM2.50), untung dah berapa tu?? Cukai eksport langsung tak dikenakan... yang semakin pandai orang Singapork, orang malaysia makan yang gred B dan dah berulat2.

    ReplyDelete
  2. Bina lebih banyak ladang ternakan ayam moden di kawasan-kawasan Felda untuk memenuhi bekalan ayam di seluruh negara. Bukan setakat harga ayam mampu dikawal, anak-anak Felda dapat kerja. Pegawai Seranta Felda tu kreatif la sikit, jangan dok asyik pelekeh idea peneroka. Kami bukan nak makan sawit saja.

    ReplyDelete

comment please.....