Konco-konco ku

Saturday, January 25, 2014

KRISIS KERUSI MB KHALID - AZMIN, PAS MULA LETAK CALON SENDIRI!!!

KEMELUT dalaman PKR yang semakin lama umpama tidak dapat dibendung lagi dengan pelbagai genre cerita yang keluar bukan sahaja dari rakyat Selangor bahkan lebih parah adalah daripada pemimpin PKR yang terang-terangan sudah mula menolak Khalid Brahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pemerintahan Pakatan Haram.

Tragedi Azmin yang dibuang dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh Khalid Brahim sendiri telah membuka pekung PKR yang selama ini sudah lama tidak punyai kemuafakatan dalam kepimpinannya.

Majoriti kepimpinan PKR Selangor menyokong Azmin sebagai Menteri Besar, manakala pemimpin dari PAS dan DAP pula mahukan Khalid terus memegang tampuk pemerintahan sebagai ketua pentadbir negeri memandangkan Khalid banyak memberi peluang projek kepada pemimpin PAS dan DAP sehinggakan pusat judi, nombor ekor, serta rumah urut semakin berleluasa di negeri Selangor.

Ekoran dari perbalahan secara terbuka yang berlaku antara Azmin-Khalid, ada pihak yang cuba menyucuk jarum bagi kerusi Menteri Besar. PAS dalam perbualan sulitnya mengatakan biarkan mereka (PKR) bergaduh sesama mereka kerana PAS sudah mula memasang angan-angan untuk meletakkan calon mereka bagi kerusi Menteri Besar Selangor itu pada PRU akan datang.

Antara nama-nama yang disebut oleh sekumpulan 'think-tank' PAS ini adalah Dr. Rani (Meru) dan Sallehin Mukhyi (Sabak). Mereka mengatakan kedua-dua calon ini punya peluang yang cerah bagi menduduki kerusi nombor satu negeri itu memandangkan kedua-dua mereka tiada salah laku dalam urusan mentadbir parti.

Lebih kuat menyokong dakwaan ini adalah apabila ada kepimpinan PAS pusat yang sudah mula campur tangan dalam hal ini dan sudah mula mencongak bahawa Azmin dan Khalid yang bakal diturunkan dan digantikan dengan pemimpin PAS. Ini adalah kira-kira mereka sebagai sebuah parti yang hampir lemas dalam pakatan. 

DAP pula nampaknya mula menyepikan diri memandangkan isu CEC DAP yang masih belum selesai. Gobind Singh pula menikus melarikan diri tanpa membuat sebarang kenyataan balas apabila diminta menyuakan surat tunjuk sebab yang diminta oleh ROS. 

Sedia maklum, DAP hanya menggunakan samada PKR atau PAS sebagai anjing jilatannya sahaja. Biarlah samada pemimpin PAS mahupun PKR yang menduduki kerusi MB Selangor, kerana kuasa majoriti kerusi di Selangor adalah DAP, MB Selangor haruslah mengikut kata mereka.

Sinikal pemikiran DAP yang hanya menangguk di air keruh.

1 comment:

  1. adakah akan berulang lagi peristiwa baring atas jalan beralaskan serban?

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...