Konco-konco ku

Wednesday, January 8, 2014

HARD ROCK CAFE DI PUTRAJAYA, MOHON MENTERI JANGAN KELUAR KENYATAAN BODOH!!

CADANGAN Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh bin Haji Che Mat tentang pembukaan sebuah pusat cafe yang landasannya adalah minuman keras ditentang hebat oleh penduduk Putrajaya dan rakyat Malaysia yang mahukan Putrajaya juga sebagai sebuah bandar pentadbiran negara terlindung dari penjualan minuman keras secara terbuka.

Rasanya Presiden Perbadanan Putrajaya ni pun dah keluarkan kenyataannya baru-baru ini dan turut meminta maaf kepada rakyat Malaysia tentang cadangan itu. Malah menurut beliau pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya hanyalah satu cadangan tanpa pihak yang mencadangkan menghantar apa-apa proposal kepada perbadanan tersebut.

Tamat cerita.

Menghairankan apabila selepas perkara ini mula senyap, tiba-tiba muncul pula Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan yang dikatakan bersetuju Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya namun tidak dibenarkan menjual arak dan minuman yang memabukkan. Restoran itu hanya boleh menjual barang merchandise dan baju t bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

Tidakkah Menteri Wilayah ini terasa bodoh apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini? Bagaikan menghalalkan terus cafe yang asasnya menjual arak namun apabila telah didirikan di Putrajaya tidak boleh menjual arak dan tidak boleh menayangkan hiburan yang melampau. Konon nak Islamic.

Lebih baik mencegah dari mengubati.

3 comments:

  1. Dah takde calon lain yg boleh dipilih jadi menteri... yg patut dipilih kalah pru pulak...

    ReplyDelete
  2. Ibarat sama juga memberi kebenaran untuk seorang artis boleh bernyanyi tapi syaratnya musik and lyric TIDAK boleh kedengaran.

    Seorang lagi nak jadi menteri ayam!!!!

    Alfie

    ReplyDelete
  3. Jabatan Media Sosial Malaysia (Di Bawah PEMANDU)

    Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Amhari Nazaruddin
    Timbalan Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Akmar Hisham Mokhles

    Jabatan Media Sosial Malaysia telah di tubuhkan pada Mac 2013 bagi menghadapi Pilihanraya umum ke 13 Selepas PRU13 JMSM diteruskan dan melaksanakan tugas di setiap Zon. Beberapa negeri sudah siap dengan pejabat dan kelengkapan serta pasukan media sendiri.

    Pejabat Zon JMSM
    Pulau Pinang (Che Wan MPP) - mewakili zon utara iaitu Kedah, P.Pinang dan Perlis

    Selangor (MYKMU) - mewakili zon tengah perak,selangor,wilayah, N.9

    Johor - mewaki zon Selatan Johor, Melaka

    Terengganu (AAKJ) - mewakili zon pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang.

    Konsultant dar Singapura di lantik oleh JMSM bagi menyediakan segala kemudahan dan juga sebagai penasihat kepada Jabatan Media Sosial Malaysia.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...