Konco-konco ku

Friday, January 17, 2014

DRAMA KHALID-AZMIN KEMBALI!! GELAR KHALID 'MR. U-TURN'!!

ATAS pemecatan Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Anwar tiba-tiba bersuara bagi mempertahankan anak buahnya dari terus dipecat. Anwar berkata pemecatan Azmin dari PKNS adalah tidak sah kerana Pengurus Besar tidak boleh memecat ahli lembaga pengarah.

Baru-baru in juga PKNS dalam kenyataannya pula mengatakan yang Pengurus Besar PKNS tidak memecat Azmin dan mereka sedar tentang kekangan itu. PKNS terus menuding jari kepada Khalid sebagai Menteri Besar yang sebenarnya mengeluarkan arahan atas pemecatan Azmin.

Ish...pening pulak tengok sandiwara Khalid-Azmin ni. Mana satu yang betul pun tak tau.

Tetapi yang jelas kelihatan, persengketaan Khalid-Azmin ini berulang kembali.

Oleh kerana pemecatan Azmin dari PKNS, hari ini Teresa Kok, bekas Adun DAP Kinrara tiba-tiba meletakkan jawatan. Kita sedia maklum yang Teresa dan Azmin merupakan satu kapal dan memang sejak dahulu lagi tidak senang dengan segala tindakan MB Selangor itu. Maka tidak hairanlah beliau turut mengikut jejak Azmin meninggalkan PKNS.

Sudahlah tu. Selesaikan kes Giat Mara lagi elok dari bergaduh demi jawatan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...