SIFAT nya memang saling tidak tumpah seperti bapanya. Zaman ini, zaman anaknya pula menjadi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merungkai sekali lagi pelan tindakan supaya bumiputera di Malaysia yang dikatakan masih belum merasai kekayaan negara diberi peluang sekali lagi untuk maju ke hadapan.
Jika dahulu Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang banyak membantu Bumiputera, kali ini anaknya pula melancarkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Apa yang terkandung dalam Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera?? Jom kita lihat:
Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.
Sebenarnya aku memang nampak game najib ni sebelum pilihanraya ke 13 baru2 ni lagi,sememangnya dia berhasrat besar untuk membantu ekonomi orang melayu,tapi perlaksanaannya hanya menunggu masa sahaja,.dan tekaan aku benar,akhirnya najib bersuara jugak mengumumkan agenda nya memperkasakan ekonomi bangsa ku melayu..hidup melayu..tak hilang mlayu di dunia
ReplyDelete