Konco-konco ku

Wednesday, September 11, 2013

MOHON PENCERAHAN!! BENARKAH SKANDAL ELIZABETH WONG DAN EDITOR MALAY MAIL??

SEHINGGA ke hari ini kisah skandal Eli Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Selangor masih menjadi teka-teki umum. Selepas satu per satu gambar bogelnya yang dikatakan punyai skandal seks bersama seorang pemuda Melayu yang melarikan diri ke Singapura dengan pembiayaan kerajaan negeri Selangor, negara masih belum mengetahui ada sebenarnya yang berlaku antara Eli Wong dan Editor Malay Mail, U-En Ng.

Mungkin cerita ini sudah semakin dilupakan oleh orang ramai namun demi mencari sebuah kebenaran, Eli Wong harus mengakui dengan terang berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh akhbar milik mereka sendiri (klik SINI).

Apakah sebabnya bekas Editor Malay Mail yang tiba-tiba meletak jawatan sebagai editor yang kononnya selepas gambar intim antara U-En Ng bersama Eli Wong di dalam satu bilik yang dipercayai sebuah bilik di salah satu hotel terkemuka di ibu negara.

Kita sedia maklum yang Exco Selangor bawah portfolio Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar ini sememangnya seorang andartu yang tidak pernah sunyi dari menagih gersang pucuk muda. Kita juga sedia tahu pemimpin PKR ini bukanlah contoh terbaik untuk dijadikan role-model kepada masyarakat, namun kerana hati rakyat Selangor kawasan Bukit Lanjan yang sudah hitam dan tidak kenal dosa pahala, wakil kotor ini dipilih semula.

Tidak keterlaluan jika dikatakan yang Eli Wong adalah contoh pemimpin gersang seperti Ketua Umumnya Anwar Ibrahim namun masih boleh menyembunyikan kejahatan bertopengkan kebajikan. Hinggakan dijemput memberi ceramah di dalam surau kawasan Bukit Lanjan.

Tidak mahu melalut dengan lebih panjang cuma mohon pencerahan kepada Eli Wong apa yang sebenarnya sudah terjadi antara beliau bersama U-En Ng. Adakah kes yang sama seperti skandal seks beliau bersama pemuda Melayu tajaan DAP itu? Atau adakah selepas ini Eli Wong bakal cari mangsa baru untuk ditagih?

No comments:

Post a Comment

comment please.....