POLITIK Malaysia hari ini semakin lama semakin pelik apabila satu-satu perkara menarik dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Barisan Nasional Malaysia. Bukan hendak membangkang, cukuplah pembangkang yang bersepah dan semakin bersepah dengan segala tindak tanduk penasihat PM yang membelakangi rakyat sejak dua menjak ni.
Jika sebelum PRU13 ramai orang UMNO, BN yang memang setia sejak dahulu lagi bersama parti tanpa melompat parti kecewa dengan pemilihan calon. Jika masih lagi ahli UMNO yang setia terpilih mungkin ahli lain tidak berapa kecewa, namun apabila calon yang terpilih adalah terdiri daripada bekas-bekas pemimpin pembangkang entah betapa kecewanya ahli-ahli UMNO yang setia.
Semalam, Dato' Seri Zahrain Mohd Hashim bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Beruntung benar pemimpin pembangkang yang melompat parti diberi kelebihan. Seronok jadi ahli politik di Malaysia.
Kenyataan Anipah Aman fasal perlantikan Zahrain MB Hashim, Panglima Jihad Anwar Ibrahim zaman reformasi 1998. "Kita tidak melihat kepada latar belakang politik beliau kerana apa yang dicari ialah individu terbaik dan sesuai bagi memegang jawatan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar.
Antara bekas pemimpin pembangkang lain yang diberi kelebihan adalah Ezam Mohd Nor bekas Ketua AMK Nasional, dilantik jadi Senator oleh PM selepas berjanji akan mendedahkan 7 buah kotak yang kononnya mengandungi semua rahsia Anwar Ibrahim namun sehingga kini masih senyap. Zulkifli Nordin bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang teruk menghentam dan memfitnah Tun Mahathir juga Pak Lah pula diangkat menjadi calon BN di Shah Alam pada PRU13. Lokman Noor Adam, bekas Setiausaha AMK dan juga Ketua AMK Johor yang dahulu pernah membakar bendera UMNO, menghina Tun Mahathir juga diangkat menjadi wira ulung dalam UMNO sehingga berani bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO dengan modal pernah bersama Anwar dan akan londehkan Anwar.
Juga ada beberapa orang lagi bekas pembangkang yang mendapat keistimewaan dari PM kita.
Terima kasih PM Najib. Terima kasih kerana memberi kelebihan kepada bekas-bekas pengkhianat.
Salah kah kalau kita kembali kepangkal jalan?.."we deserve a second chance"..sekali kita tertipu dan tak kan dibiarkan ditipu lagi .. ..salahkah kalau kita memperbetulkan keadaan..
ReplyDeleteSaya orang UMNO dari dulu sampai sekarang. Support gila2 sampai bergaduh dgn adik beradik penyokong kuat PAS. Tapi tak apalah saya bukannya merebut jawatan. Saya berpegang kpd kesetiaan parti. Saya tegas menyatakan UMNOlah satu2 parti untuk orang Melayu. Tidak usahlah kita berkecil hati serta merajuk hingga nak join pati lawan. Lainlah sekiranya kita ada hati dan sememangnya layak untuk diangkat sebagai ketua. Zulkifli Nordin dan Ezam pada saya memang layak untuk diangkat. sekian.
ReplyDeleteNala sebagai Senator?
ReplyDeleteGitulah politik Wak,berbagai taktik.......manusia jujur dan lurus bendul tak layak jadi orang politik.Orang macam kita niiii akan sakit hati melihat gelagat mereka.Kita nak yang terbaik,kita buat baik-baik.....tapi mereka banyak muslihat.Musuh politik yang nak berbaik akan dapat habuan lumayan.......supaya tak jadi musuh dalam selimut.Apa saja bisa jadi......sampai kita bosan .......mereka tak bosan kerana kuasa itu DUIT......umno,pas,dap,pkr......semuanya berebut kuasa untuk baham DUIT.TUHAN MEREKA DUIT.Sampailah mereka mampossssss.akak menyampah!!!!!!!!!
ReplyDeleteMmg tak layak.. hancur umno kalau macam nie.. klau mcm tu suruh anwar masuk balik umno.. suh jadi pm...
ReplyDelete