Konco-konco ku

Tuesday, September 3, 2013

DARURAT MINYAK!! MENGAMUK MINYAK HABIS SETELAH TUNGGU TIGA JAM!!

TRAGEDI seperti inilah yang cuba dielakkan oleh orang ramai namun hati manusia lain-lain walau rambut sama hitam. Lokasi kejadian dipercayai di Terengganu. Dikatakan salah seorang pengguna yang berang tiba-tiba hingga melanggar pam minyak akibat kehabisan minyak di stesen tersebut setelah lebih 3 jam menunggu giliran.

Pelik dengan tabiat orang Malaysia. Minyak baru naik 20sen dah berpusu-pusu serbu stesen minyak konon nak isi minyak sebelum naik harga. Cuma curious sikit pasal apa nak isi minyak malam ni sedangkan esok nak tak nak harga akan tetap naik juga. Berapa banyak sen yang boleh jimat??

Sementara nak menunggu selama 3jam tu pun dah membakar minyak bersamaan dengan RM5.00. Berapa yang setiap pengguna boleh berjimat jika hanya naik 20sen kepada RM2.10 untuk seliter minyak? Esok, lusa, tulat pengguna masih tetap membeli minyak yang sama dengan harga yang hanya beza 20sen sahaja.

Kelam kabut. Negara tak darurat lagi. Bertenang.

Walaubagaimanapun masih menunggu Najib menurunkan kembali harga minyak jika perang di Syria berakhir. Kami pun belajar ekonomi tapi kalau harga minyak turun mohon jasa baik kerajaan untuk turunkan sekali. Jangan terlalu membebankan rakyat.

18 comments:

  1. Sebenar nye PM Najib tidak naik kan minyak, tapi cume kurangkan sedikit subsidi aje.

    Malang nye, kite akan pasti menerime padah kenaikan harge barang2 keperluan harian. Pare peniage tidak anggap ianye pengurangan subsidi sebalik nye mereke anggap sebagai kenaik kan.

    Di sinilah mereke ambil kesempatan menaik kan barang2 atas alasan kenaik kan kos transport.

    Harge barang2 keperluan ni kalau dah naik pasti ia tidak akan turun hingge hari kiamat.

    ReplyDelete
  2. Dengari luahan dr rakyat marhein khususnya golongan pertengahan mcm kami yg x lyk dpt BRIM :

    "Salam YAB Dato Seri.....

    Terlebih dahulu sy merasa bersyukur di atas nikmat yg Allah berikan kpd kita serta selawat dan salam junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

    Biarpun tindakan kerajaan menaikan RON95 ada kebenarannya tetapi kerajaan harus JUJUR & IKHLAS di dalam memberikan sesuatu kenyataan.

    Adakah kerajaan YAB Dato Seri telah melihat kembali janji janji yg telah ditaburkan semasa pru yg lepas. Genap 100 hari penyokong BN telah dihadiahkan dan berita ini.

    Dato Seri DULU berkata .....KITA INGIN MERASA DENYUT NADI RAKYAT....tapi ini di manakah sekarang? Nadi Rakyat dah HILANG selepas PRU? Nadi dah tiada????? Dah matikah jasa ORG BN????

    Banyak faktor utk kita mempertikaikan tindakannya kerajaan antaranya:

    1. Kenapa dulu kerajaan berkata tiada kenaikkan minyak dlm masa terdekat sedangkan baru 100 hari. Kenapa tak janji dulu undi BN minyak naik? Adalah sekadar polemik atau bnr persepsi pembangkang. UNDI BN BRG NAIK?

    2. Pengukuhan ekonomi? Adakah memang tiada cara lain utk kukuh ekonomi Malaysia dan berjimat , saya nak tanya yg kerajaan berbelanja semewah sekrg ni apa cerita?....tukar kereta perdana, sambut jamuan hari raya bermewahan disetiap kementerian, menaikkan duit BRIM? Adakah dan duit BRIM ini BN dapat undi der?

    3. Apakah pegawai penasihat di sekeliling Dato Seri tak pandai menilai kenapa NILAI RM jatuh mendadak sekrg? Tak reti nak betulkan balik? Kalo tak reti letak jawatan. Maaf Dato Seri... rakyat dah pilih jalankan kerja sebaik mungkin.

    4. Dan kenaikkan harga minyak kerajaan kata hanya BERHARAP tiada org akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Takkan kita tidak belajar dr sejarah???? Barang mana yg tak naik setiap kali kerajaan umum harga minyak naik. Harga minyak tak naik pun harga ayam tak boleh kawal

    5. Harga minyak dunia naikkah sekarang? Kenapa ron 97 tak naik?

    Maaf...saya hanya meluahkan apa yg terasa dihati oleh golongan marhain macam saya dan lain lain yg mengeluh bila mendengar kenaikkan ini.

    Penat filem TANDA PUTERA di tayangkan sekrg ....tapi sayang..... Damage harga minyak mengatasi filem tersebut ....akhirnya DIMANAKAH MELAYU? Hanya melukut ditepi gantang ? Sapa lah kita. Cina tetap hati Dato Seri Najib bgkan menatang minyak yg penuh. Kami penyokong BN hanyalah golongan yg keluar mulut naga masuk mulut buaya. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong.cakap tak serupa bikin.Bn.pembangang cakap Barang Naik dulu tak percaya. NAH Sekarang buktinya.Ah jib gor kenapa percaya 100% kpd punahsihat&pemandu Serta BN -bini najib.Denyut cinabeng diutamakan.

      Delete
    2. Sokong.cakap tak serupa bikin.Bn.pembangang cakap Barang Naik dulu tak percaya. NAH Sekarang buktinya.Ah jib gor kenapa percaya 100% kpd punahsihat&pemandu Serta BN -bini najib.Denyut cinabeng diutamakan.

      Delete
  3. bila aku tengok filem tanda putera semalam,dapat rasa yang tun razak,tun dr ismail dan pemimpin lain dulu semua betul betul nak bangunkan malaysia.

    orang asing seperti english pun selamba je dia bantah balik tak beri muka..memang terasa kedaulatan negara dan aman je hidup dengan pemimpin dulu...

    bila keluar je dari wayang,keluar dari shoping complex,aku dapat rasa,kenapa apa yang rasa dalam filem tanda putera tadi tak sama dengan apa yang diluar...

    betul ke sekarang ini adalah najib anak tun razak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini kita tak boleh gunakan perumpamaan...bapa borik anak rintik...kesian kita golongan pertengahan ni...cukai bayar...but nothing in return...kesian kita bro...

      Delete
  4. Wahai rakyat Msia , bersyukurlah....minyak naik 20 sen jew sibuk sampai langgor petrol pam...berapa pula kos nak baikpulih itu semua?????berbaloi ker dgn nak isi minyak demi keuntungan yang tak berapa sen? Sedor tak rumah yang anda beli tahun lepas berharga rm230k kini telah mencecah rm330k.... Jadilah manusia yg reti bersyukur......ron67 sudah berapa kali naik daaa.. apa tak bunyi?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. LEMBU..pasal RON97 hanya segelintir yg berkemampuan yg pakai..kalau bapak ko pegi kebun ada ke dia mampu isi RON97?? kalau isi rumah average pendapatan bawah RM3,500 (fakta kerajaan kamu) mampukah manusia tu pakai RON97 TIAP TIAP HARI? cakap macam lembu tapi tgok muka manusia..

      Delete
  5. Pada pendapat aku yang tak berapa cerdik ni, kelihatan macam kemalangan akibat percubaaan potong queue yang 'failed' dan memalukan.

    Juga kenaikan harga petrol adalah akibat dari kekacauan yang berlaku di Syria dan Mesir sekarang. Harga pasaran dunia naik tapi kerajaan Malaysia tidak menaikkan subsidi.

    Sepatutnya negeri2 dibawah kerajaan PR yang sedia ada mengambil peluang keemasan ini dgn memberi petrol dan diesel secara percuma bagi meraih kepercayaan rakyat.

    ReplyDelete
  6. "Minyak baru naik 20sen dah berpusu-pusu serbu stesen minyak"..hoi blogger haramjadah..ko ni anak dato mana? anak tan sri mana? ataupun ko ni mak bapak tanggung? atau ko ni jenis lelaki dayus bini ko tanggung sara hidup ko?? jawab la..kat atas page ko tu nak bezakan "Beli melayu fist" vs "Beli cina last"? kalau cina..20 sen tu pun dia akan kira sebagai MEMBAZIR kalau tidak ada penggunaan yg betul dan berhemah! tu pasal bisnes melayu cepat mampus! org2 mcm ko ni la yg esok jadi org2 atasan "alaa..20sen je..ape nak kecoh..biar jela." kan?kan? kan ? nampak tak betapa kronik nya KANSER org melayu 56 tahun!

    ReplyDelete
  7. dapat minyak subsidi asyik nak seludup je ..minyak dah naik padan muka

    ReplyDelete
  8. JANGAN NAK KIRA DENYUT BERDENYUT JER APA SANGAT RM45 SEBULAN (PURATA) BERBANDING INSTALMENT KERETA YANG KEJAM MATA JER BAYAR SAMPAI RM800/SEBULAN HANYA KERANA NAK TINGKAT STATUS DAN GAYA - JANGANLAH RAMAI SANGAT YANG NAK MELALAK ATAU RASA DIZALIMI...BUKAN MENYOKONG KERAJAAN MEMBABI BUTA , TP KENYATAANNYA BUKAN MUDAH NAK PENUHI SEMUA KEPERLUAN...KETIRISAN DALAM MENIKMATI FAEDAH TETAP ADA.... KITA LUPA NAK JENGAH BAHAWA SEBENAR-BENARNYA TERDAPAT PADA PERATUSAN YANG AMAT TINGGI...DI LEMBAH2 KOTA TERUTAMANYA, TERLALU RAMAI YANG MEMILIKI KEUPAYAAN MEMILIKI KENDERAAN BERHARGA LEBIH 80K SEKARANG INI...MALAH ADA YANG MEMILIKI LEBIH 3 BUAH KERETA WALAUPUN PADA HAKIKATNYA YANG MEMANDU HANYALAH SUAMI ATAU/DAN ISTERI (TOLAK KETEPI ANAK-ANAK YANG MEMANDU JUGA). BETULLAH HASRAT KERAJAAN MENCEDOK SEDIKIT SUBSIDI YANG BANYAK JUGA DIRAIH OLEH MEREKA YANG MAMPU INI UNTUK DIBAHAGIKAN KEPADA GOLONGAN "MOTOR KAPCAI" DI DESA MAHUPUN KOTA MAHUPUN GOLONGAN YANG MEMANDU KENDERAAN BAWAH 50K YANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN "KERETA ADALAH KEPERLUAN". CUBA LIHAT DI JALANRAYA...KENDERAAN JENAMA BARAT SEKARANG INI....BERAPA RAMAI YANG SEMAKIN MAMPU MEMAKAINYA.... ITU BUKAN LAGI NEED SCENARIO...TETAPI JUGA LEBIH KEPADA WANT AND DESIRE...... SETAKAT PURATA MEMANDU KOS MINYAK RM15 SEHARI...APALAH SANGAT PENAMBAHAN RM1.50 ... YANG SEBULAN HANYALAH PENAMBAHAN RM45 BERBANDING MEREKA YANG RATA-RATA SANGGUP BAYAR INSTALMENT RM1000-RM1500 BERBANDING PENERIMA BR1M YANG PALING-PALING GUNA PROTON INSTALMENT RM450..... SAYA ADALAH PENERIMA BR1M... TIDAK MELATAH HANYA KERANA KENAIKAN RM0.20/LITER YANG KALAU PUN TERPAKSA BAYAR LEBIHAN RM45/BULAN ATAU RM540 SETAHUN DAN KEMUDIANNYA MENDAPAT RM750/BR1M SETAHUN (KALAU KERAJAAN NAIKKAN SEBANYAK ITU SAHAJA BAJET TAHUN INI)....BUKANKAH KERAJAAN TELAH BERTINDAK ADIL MENGAGGIHKAN HASIL NEGARA KEPADA SASARANNYA???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaya cakap dan cerita...rasanya kamu ni warga emas atau lingkungan 40an..dan rasanya..kamu ni penjawat awam..kalau warga swasta pun rasanya kamu tak berpelajaran..sebab apa??
      1. Warga emas dan 40 tahun ke atas secara theoritical fizik tidak terkena tempias ekonomi (impak) melebihi 30%. Kamu kena faham generasi mana yg paling ramai di malaysia kini.

      3. Kalu kamu penjawat awam, buang masa aku huraikan tahap kesyukuran kamu memang melebihi dewa gaban.

      2. Sebab kalau kamu berpelajaran, sah2 keluar universiti hutang sedia ada 30-50k ptptn.

      Bang..nikmat syukur setiap insan kepada penciptanya adalah BERBEZA...yg sama hanyalah bersyukur atas 3 perkara besar:

      1. Nyawa (roh)
      2. Pancaindera
      3. Udara

      Tiga di atas tu boleh la kalau abg nak bandingkan tahap kesyukuran rakyat..tapi bang..kita ni hidup berpa juta org..berapa jenis kaum...ada banyak lagi cara kita boleh ringankan beban rakyat..kalau rasa pegawai awam tak boleh pikir, letak jawatan..kami golongan professional swasta ada berpuluh puluh cadangan..terutama cost saving in upper management! tu pun..kalau berani letak jawatan dan turun padang cari yg berbakat..tapi rasanya tak kot..pasal yg kat atas tu nak kaya dan senang sampai kiamat

      Delete
    2. ADIK...AWAK BETUL 100% BILA KATA ABANG UMUR 40 KEATAS... TAPI KAMU SALAH SECARA KESELURUHAN.... BUKAN NAK KATA SALAH SEBAB TERKENA PADA ABANG SEORANG...TAPI JUTAAN LAGI MEREKA YANG SEUSIA ABANG...ATAS 40.
      1) USIA 40 KEATAS NI IMPACT TIDAK LEBIH 30% - ANDA SALAH SEBAB A) ABANG MASIH ADA 4 ANAK YANG BERSEKOLAH. B) JUGA TERKESAN DENGAN SEGALA MACAM KENAIKAN, BAHAN MAKANAN, KEPERLUAN DAN PERUBATAN. ADAKAH 4 ORANG ANAK ITU ADALAH TANGGUNGAN ABANG. RATA2 USIA 40 TAHUN KEATAS INI MASIH MENANGGUNG SEKURANG-KURANGNYA DUA ANAK DAN ORANG MELAYU BIASANYA 3/4 ATAU LEBIH ANAK. KALAULAH 30% ADALAH WARGA EMAS DAN WARGA 40 TAHUN KEATAS...MAKNANYA GOLONGAN MUDA DAN SUDAH MULA MENANGUNG DIRI DAN KELUARGA PALING RAMAI JUGA ADALAH 30% SEBAB BAKI 40% ADALAH MEREKA YANG MASIH DI TANGGUNG. (JANGAN GUNA STATISTIK PILIHANRAYA YANG MEMECAHKAN SALURAN 1-4 SEBAGAI UKURAN JUMLAH PENANGGUNG) SEBAB JUMLAH PERATUSAN RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI TAK SAMPAI SEPARUH JUMLAH PENDUDUK 13JUTA LEBIIH JE.

      2. SAYA BERPELAJARAN TINGGI - TAPI TAK BERHUTANG SEBAB DAH BERJAYA LANGSAIKAN HUTANG.... KALAU KAMU BELAJAR LAGI...BELAJARLAH SUNGGUH2 SUPAYA HUTANG JADI BIASISWA ATAU SEKURANG2NYA DAPATKAN DISKAUN...TP KALAU DAH KERJA TP BERHUTANG...BAYAR JERLAH...TAKAT RM50 SEBULAN TAK BLEH KER? JANGAN NAK SALAHKAN KERAJAAN NAK KURANGKAN SUBSIDI HANYA SEMATA-MATA KAMU YANG TAK MENDAPAT MANFAATNYA.

      3. JANGAN NAK MENGHINA PENJAWAT AWAM... DAN UNTUK KENYATAAN...ABANG PERNAH BEKERJA SWASTA....TIDAKLAH SEHEBAT MANAPUN KEMUDAHANNYA.... TP KALAU SETAKAT 10 TAHUN KERJA HINGGA 2003 DALAM KWSP ADA RM100K DAN LEBIH.... ABANG TETAP BERSYUKUR.... ITU ITU HASIL MASA KERJA 10 TAHUN DULU. SKRG ABANG DAN 10 TAHUN KERJA SENDIRI...PENDAPATAN TURUN NAIK SEHINGGALAH ABANG ADA MASALAH KESIHATAN YANG TAK MEMBOLEHKAN ABANG KER JA BERAT ( TU YG DAPAT BR1M). JADI TAK TIMBUL ISUE ABANG KERJA GOMEN ATAU SWASTA. SEBAB ABANG DAH LALU PELBAGAI PERINGKAT KEHIDUPAN.

      SECARA JELAS ADALAH SALAH MEMANDANG RENDAH PENJAWAT AWAM DAN TERLALU BONGKAK UNTUK ADIK MENGATAKAN ADIK BIJAK DENGAN PELBAGAI CADANGAN..... APA DASAR PERSYARIKATAN KALAU DAPAT ADI DAPAT HURAIKAN...APA MOTIF PIHAK SWASTA DALAM MENGHARUNGI EKONOMI KALAU BUKAN KEUNTUNGAN????? JIKA SEGALA-GALANYA BERPAUT KEPADA DASAR -DASAR PENGSWASTAAN...MAKA RAKYAT AKAN LEBIH BOBROK DENGAN KAPITALISMA. ABANG PERNAH BEKERJA DENGAN MULTINASIONAL COMP...SWATA..YA MEREKA MENJIMATKAN KOS PENGURUSAN UPPER LEVEL..... TAPI ADAKAH MEREKA MENGURANGKAN BEBAN LOWER LEVEL???? CUBA RENUNG.

      Delete
    3. Bang..nikmat syukur setiap insan kepada penciptanya adalah BERBEZA...yg sama hanyalah bersyukur atas 3 perkara besar:

      1. Nyawa (roh)
      2. Pancaindera
      3. Udara

      BANYAK LAGI DIK YANG HARUS DI SYUKURI.... KALAU 3 PERKARA ITU ADA.... MAKA KUFUR NIKMATLAH KAMU ATAS REZEKI, JODOH, ZURIAT...YANG ALLAH BERIKAN YANG TIDAK KAMU SYUKURI. KERAJAAN BERIKAN NYAWA, PANCAINDERA, UDARA?.... MEMANG KAMU BUKAN GOLONGAN YANG PANDAI BERTERIMAKASIH.

      Delete
  9. betullllllll..... kalau setakat beza sebulan RM45 beza kenaikan tu...rasanya sekali makan kat kfc atau mcD pun boleh abis banyak tu gak...apalah salahnya kita korban sikit bab besarkan tembolok tuh.... nanti bila turun harga minyak tak der plak yang ucap terimakasih...malah ada plak yang akan guna kiraan yang sama kat atas tu kata " alahhh kerajaan tak ikhlas... setakat turun harga banyak tu...makan mcD sehari jer ynag mampu"kKANNNNN!!!! begitulah ALLAH jadikan manusia ni...sentiasa kufur nikmat.

    ReplyDelete
  10. Rokok kat bibir RM10 sekotak....awat tak kecoh ?....gunting rambut naik RM10 awat tak hingar ?....gunting rambut pakai petrol kerr ?...sebenaq sajaaaaa nak buat isu !!

    ReplyDelete

comment please.....