KERAJAAN Selangor pada 11-15 Disember 2012 yang lalu telah mengadakan satu festival pertanian peringkat negeri iaitu Selangor AgroFest 2012 yang berlangsung di tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Memang pelbagai produk pertanian telah dipamerkan oleh para pempamer dan bukan itu yang JB nak cerita.
Perkara yang JB nak cerita ni pun diceritakan oleh peniaga yang berniaga di sana pada hari kejadian. Sama seperti kes peniaga Melayu yang dihalau di Pulau Pinang, di Selangor juga tidak kurang hebatnya.
Hari kedua festival pertanian ini berlangsung, para peniaga yang rata-rata adalah Melayu telah dihalau oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dimaklumkan pihak penganjur iaitu kerajaan negeri tidak pernah memohon permit perniagaan yang membolehkan mereka berniaga di kawasan stadium.
Keadaan bertambah hangat apabila ada para peniaga yang berang dengan pihak penganjur terus menemui mereka dan meminta kembali wang cagaran untuk berniaga. Dan yang lagi sadis adalah ada barang-barang peniaga yang hilang pada hari kedua penganjuran. Mana urusetia yang jaga keselamatan?
JB pun hairan bagaimana para peniaga boleh dihalau sedangkan stadium ini masih di bawah seliaan kerajaan negeri. Tak kan exco pertanian, Yaakob Sapari main redah je nak guna stadium ni buat festival. Sehingga kini pemimpin negeri mahupun MB tidak mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.
Mcm ni jadinya klu pentadbiran diberi pada mereka yg tak pandai mentadbir
ReplyDeleteapa cerita ni bro? fitnah ape lak ni? yg kena halau tu ialah peniaga haram yg berniaga dikawasan pasar tani tu. bukan yg dalam khemah yg disediakan penganjur. seburuk2 PR selangor tak pernah la derang aniaya melayu seperti meroboh rumah sebagaiman umno/bn halau orang melayu kat kg. Beremba tu.
ReplyDeletePeniaga yang haram yang tidak berdaftar yang tidak dibenarkan berniaga. Pentadbiran ditadbir dengan baik. Janganlah fitnah. Anonymous 10.32am - siapa yang pandai tadbir? Pentadbir dulu? Oh no! Kita tak mau pentadbir dulu.
ReplyDelete