Konco-konco ku

Tuesday, December 25, 2012

AMANAT HADI: HARAM DAGING SEMBELIHAN ORANG UMNO!! HALAL BABI YANG DISEMBELIH OLEH DAP!!


ANTARA Amanat Haji Hadi kepada ahli PAS adalah "HARAM MAKAN DAGING SEMBELIHAN ORANG UMNO, KERANA UMNO TELAH MURTAD DAN KAFIR". Itul adalah antara 8 amanat Haji Hadi yang disampaikan dan akan terus segar di kepala ahli-ahli PAS yang taksub dengan parti Islam itu.

Dan sehingga ke hari ini apabila ada kenduri kendara dan jamuan makan yang dianjurkan oleh orang UMNO maka ahli PAS tegar tidak akan hadir bersama kerana takut makanan yang dimasak oleh orang UMNO ini tidak halal dan mendatangkan mudarat kepada mereka.

Kerja gila apakah ini? Aku pun tak faham dan aku agak musykil dengan hukum yang diusulkan oleh Haji Hadi. Walau perkara ini dah lama tapi oleh kerana amanat tersebutlah ahli PAS tidak dapat menerima dan mengkafirkan orang UMNO walaupun sesama Islam.

Jadi aku buat kesimpulan kat sini bahawa orang PAS tegar ini lebih sanggup makan daging BABI yang disembelih oleh orang kafir DAP dari makan daging lembu sembelihan umat Islam yang berideologikan politik UMNO. 

Bak kata Mat Sabu juga, beliau lebih rela makan babi bersama DAP dari makan ayam bersama dengan Najib. Sekarang perkara ini dah berbalik kepada PAS sendiri. Apa yang diucap dan didoakan telah kembali kepada si pelaku iaitu PAS. PAS kini semakin sesat!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....