Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.
Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.
Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.
Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.
Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.
Umno bodoh
ReplyDeletePKR pandai
ReplyDeleteMamphosss lah kau kali ni Nuar... Baik kau siap siap tempah kain kapan dan gali sedia lubang kubur untuk tanam karier politik kau buat selama-lamanya... kalau kau nak ikut sekali masuk dalam tu pun tak apa... lagi baik... kurang lah sikit makhluk perosak di bumi Allah ini... sayonara Anwar Ibrahim....
ReplyDeleteParti Kencing Rakyat
ReplyDeleteBertuah kau nuar dapat bini(bodoh dan lurus bendol) dan anak2 yg terima diri kau seorang homoseksual...bini aku siap minta cerai..skrg aku menduda dan bebas bersama lelaki2 kacak berbatang sedap...terbaekkkk...
ReplyDelete