Konco-konco ku

Tuesday, December 11, 2012

DEMO PELAJAR BANTAH YURAN MELAMPAU KUIS!! KHALID SENYAP LAGI!!


Tertekan yuran pengajian dan yuran asrama yang tinggi, kira-kira 20 penuntut Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Bangi, mengadakan bantahan di depan rumah seorang pengarah pemegang konsesi pengurusan asrama di sini, semalam. 

Kumpulan pelajar dari Demi Mahasiswa Kuis (DMK) itu, tiba di pekarangan rumah pengarah itu kira-kira jam 12.20 tengah hari sambil membawa sepanduk. 

Pengerusi DMK, Azrul Tahir, berkata mereka mengadakan bantahan untuk menuntut supaya KUIS membatalkan kontrak konsesi pengurusan asrama yang didakwanya membebankan pelajar.

"Kami hadir di sini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada tuan rumah yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan asrama KUIS," katanya. 

Azrul berkata, yuran asrama pelajar yang tinggi turut mempengaruhi yuran pengajian kerana kebanyakan pelajar KUIS berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

2 comments:

  1. Anak kami pernah belajar kat KIUS separuh semester je ... kerana dapat tawaran dari UniSZA ... bila jumpa Dekan Fakulti ... Dekan tu pertikai keputusan kami utk berhenti dari KUIS ... KUIS tuntut yuran sebanyak RM3,000 untuk pengajian selama separoh semester.

    Betullah yuran kat KUIS tu mahal.

    Tapi ... kan PR kata nak hapuskan PTPTN ... kan kebih baik jika kerajaan Selangor boleh mulakan langkah berikan pengajian percuma kat KUIS ... selesai masalah ... dan tentu Rakyat akan undi PKR/PAS pada PRU13 nanti.

    Betul tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hapuskan PTPTN? hehehe.... Dia nak hapuskan IPT yang dijamin oleh PTPTN kot? Lepas tu bolehlah swasta kan terus IPT tersebut hanya untuk orang berada dan orang luarnegara sahaja?

      Apa dah jadi dengan UNISEL? Terkial-kial cari pelajar? Urusan asrama pun tak boleh handle. Gaji masing-masing besar tapi keuntungannya? Tanpa PTPTN boleh ke anak tempatan belajar di sana? hehehe

      Bagaimana pula dengan IKYS? Tutup terus konon kata nak jual. Baru ni aku dengar nak jadikan Pusat Tahfiz. Memang bagus tapi kan lagi bagus buat lagi satu tempat untuk pusat Tahfiz dan kekalkan IKYS atau satukan keduanya dahulu? Bukankah IKYS ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor yang tercicir dalam pelajaran?

      Delete

comment please.....