Konco-konco ku

Wednesday, September 26, 2012

@ZED_ZAIDI , @SHILAAMZAH , @ATILIACLPT , @ANARAFFALI ANTARA ARTIS YANG AKAN TURUN MENGUNDI


Pilihan raya Umum (PRU-13) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat di Malaysia baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Malah ada desas-desus yang mengatakan PRU-13 mungkin diadakan pada tahun ini.

Kini, pelbagai medium digunakan termasuk media cetak dan elektronik dalam menggesa rakyat untuk mengundi.

Begitu juga di kalangan selebriti, mereka juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan membuang undi.

Jom kita tinjau, siapakah di antara selebriti kesayangan ramai ini yang turut menyahut seruan kerajaan untuk mengundi...

"Memandangkan ini adalah tahun pertama saya mengundi, saya akan membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon yang berhak. Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, saya akan turun mengundi di peti pos, Lembah Keramat." -Ana Raffali-

"Tahun ini adalah tahun kedua saya turun mengundi. Sebelum ini, saya membuang undi di peti pos, Jalan Klang Lama. Kini, saya sudah berpindah alamat dan lokasi buang undi masih belum diketahui. Saya akan cek semula lokasi tersebut apabila tarikh PRU-13 diumumkan nanti." -Attilia-

"Sama seperti empat tahun lalu, saya akan membuang undi di peti pos, Keramat AU2, Gombak mengikut alamat yang telah ditetapkan. Tahun ini adalah tahun kedua untuk saya menentukan pilihan yang terbaik dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Saya turut berharap agar kesemua artis dan penggiat seni turut membuang undi dan menentukan pilihan yang tepat. Setiap undian anda berupaya mengubah segalanya" -Zed Zaidi-

“Tahun ini adalah kali pertama saya layak mengundi. Namun, undi saya adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hal ini kerana satu undi mampu mengubah segalanya. Sebagai selebriti, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. Tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana ia adalah hak asasi sebagai seorang warganegara, terpulang kepada individu itu sendiri." -Shila Amzah-

No comments:

Post a Comment

comment please.....