Konco-konco ku

Thursday, September 13, 2012

KHALID GAGAP: DARI CIKGU BAHASA INGGERIS KE MENTERI BESAR

Mungkin ramai yang bertanya siapa Khalid Ibrahim ni sebenarnya? Malam tadi baru lepas bertemu seorang sahabat yang telah lama tidak ketemu. Lalu terbuka lah kisah "Siapa Khalid Ibrahim?".

Aku hanya diberitahu serba sedikit mengenai diri Khalid yang sungguh gah menjadi Menteri Besar Selangor kini. Jika ada maklumat yang kurang tepat aku minta maaf terlebih dahulu sebab aku pun masih merisik khabar dari orang yang rapat dengan bekas tokoh korporat ini.

Mengikut cerita, Khalid Ibrahim ni bukanlah sesiapa jika bukan salah seorang tokoh korporat yang dipanggil oleh PM ketika itu Tun Dr. Mahathir untuk menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia. Sebelum Khalid ni terjerumus dalam kancah politik beliau hanyalah seorang guru biasa yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haron, Tanjong Karang.

Selepas sekian lama menjadi guru, beliau telah menyambung pelajaran ke Queensland University dan selepas itulah segalanya bermula. Seorang tokoh korporat mempelawa beliau untuk menerajui PNB sebagai CEO malah lebih tepat aku katakan disini hanyalah sebagai proksi kerajaan bagi memantau urustadbir negara.

Yang aku difahamkan, Khalid ini boleh membuat keputusan tetapi dibayangi oleh orang-orang sekeliling yang menjadi pembantunya. Maknanya Khalid tidak boleh membuat keputusan sendiri. Jika kita lihat senario sekarang pun, Khalid masih punyai pembantu setia iaitu Ronnie Liu dan Teressa Kok yang akan mengikut kemana sahaja beliau pergi. Dengan erti kata lain, keputusan Khalid adalah keputusan dua orang Cina ini.

Khalid adalah salah seorang bekas ahli UMNO yang kecewa di Kuala Selangor. Walaupun telah beberapa kali bertanding ketua cawangan namun tidak sekali pun menang kerana ramai tidak menyukai sikap sombong dan angkuh beliau di cawangan. Lagi pun beliau jarang ada kat kampung dan tiba-tiba nak jadi ketua cawangan dengan sikap sombong beliau. Memang tak dapat lah nak menang.

Penubuhan PKR membuka ruang sedikit kepadanya untuk bergiat aktif dalam politik. Dan secara tidak disangka juga beliau telah menang kerusi Ijok dan berjaya menaikkan namanya menjadi Menteri Besar. Aku tak kisah kalau di jadi menteri besar sebenarnya sebab di Melayu. Yang aku kisah adalah penolong kanan dalam membuat keputusan dan mempengaruhi beliau adalah orang Cina yang terang-terang memusuhi Melayu dan Islam.

Nak tau dengan lebih lanjut buka wikipedia dan cari maklumat Khalid ni. Cuma aku nak bagitau kat sini yang walaupun beliau Melayu tetapi segala tindakan beliau adalah berpandukan kepada cakap Cina. Maknanya Cina dua orang ni lah yang mentadbir dan membuat keputusan Selangor.

Patutlah tulisan jawi mula hilang dan tulisan Cina bersepah kat Selangor. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....